Utusan Borneo (Sarawak)

MoCS beri jaminan sesi ‘A Day of Patriotism’ bukan acara politik

-

KUCHING: Movement for Change Sarawak (MoCS) memberi jaminan bahawa sesi ‘A Day of Patriotism’ bukannya acara politik.

Pengerusi Pengasasny­a Francis Siah berkata, penceramah yang dijemput untuk sesi bicara itu tidak akan menyentuh hal politik tetapi hal patriotik kepada Sarawak dan Malaysia.

“Kami di MoCS bukannya ahli politik, kita adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bebas dan pemimpinpe­mimpin utama kami (MoCS) tidak bercita-cita politik.

“Kami bekerjasam­a dengan sesiapa yang bekerja untuk Sarawak, sama ada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atau kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung acara ‘A Day of Patriotism’ di Taman Sahabat di sini, dari jam 12 tengah hari hingga 5 petang pada 29 September ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How merupakan penasihat undang-undang MoCS dijangka akan melancarka­n acara itu.

Francis berkata, tema ‘A Day for Patriotism’ dipilih kerana mereka mahu mengajak rakyat Sarawak mengingati dan menyatakan kesetiaan dan patrotisme mereka di tanah air ini (Sarawak).

“Sejak kebelakang­an ini, terdapat banyak perbincang­an. Rakyat Sarawak sangat berminat dengan banyak isu yang mempengaru­hi Sarawak.

“Dan pada masa itu, kita akan cuba untuk bergabung dengan rakyat Sarawak lain untuk menyatakan sentimen tentang kesetiaan mereka kepada Sarawak,” katanya.

Francis memberitah­u bahawa isu-isu penting yang semakin kuat seperti kepentinga­n referendum kepada Sarawak, keinginan untuk autonomi untuk Sarawak dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mungkij juga dinyatakan lebih lanjut dan dijelaskan terutama mengapa ia perlu semasa sesi tersebut.

Beliau berkata Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh akan datang ke sini untuk menghadiri program sesi tersebut.

Beliau berkata, sesi perbincang­an bersama Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menjadi acara kemuncak pada program itu dengan tema ‘What is our role in Malaysia Baru’.

“Beliau akan menyampaik­an ucaptama diikuti sesi Townhall di mana beliau akan diwawancar­a di pentas tersebut.

“Wawancara itu akan dilakukan oleh aktivis Dr Jacqueline Kueh, penyelaras kami di Singapura yang akan datang ke sini untuk menyertai program ini,” katanya.

Francis berkata bekas hakim puak Amerika, Dr Navin Nandu juga telah dijemput untuk berucap pada program itu.

Menurutnya, Navin adalah rakyat Malaysia tetapi telah bekerja di Amerika selama bertahun-tahun dan beliau adalah seorang pakar dalam hal-hal etnik Amerika termasuk penubuhan ‘Native Court’.

Dalam pada itu, aetiausaha pengajuran acara tersebut, Edmund Lee turut menegaskan bahawa acara itu bukan politik.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Penyelaras MoCS Kuching Mike Lim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia