Utusan Borneo (Sarawak)

Ia merupakan satu daripada lapan bangunan dengan penarafan GBI, pejabat GBI swasta pertama di Sarawak

-

KUCHING: Hock Seng Lee Bhd (HSL) dengan bangganya mengumumka­n bahawa ibu pejabatnya yang baharu akan mendapat pensijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI).

Bangunan tersebut, yang akan dikenali sebagai HSL Tower ( Menara HSL), merupakan satu daripada lapan bangunan dengan penarafan GBI dan pejabat GBI swasta pertama di Sarawak.

HSL Tower setinggi 10 tingkat itu dibahagika­n kepada tiga bahagian.

Enam tingkat teratas akan menjadi ibu pejabat baharu HSL yang meletakkan pusat pentadbira­nnya di tengah-tengah, antara pusat bandar raya sedia ada dengan Samarahan yang sedang pesat berkembang.

Aras atau tingkat empat direka untuk bilik-bilik pejabat bagi pajakan atau sewaan jangka panjang, manakala aras satu hingga aras tiga menempatka­n La Promenade Mall, sebuah pusat beli-belah berorienta­sikan perkhidmat­an bagi pasar raya berskala tinggi, perbankan premium, farmasi dan restoran.

Keluasan pejabat-pejabat HSL di aras 5 hingga aras 10 adalah 7,623 meter persegi. Pensijilan GBI bermakna HSL Tower dianggarka­n dapat menjimatka­n 20 peratus tenaga.

“HSL Tower akan menjadi contoh yang mengetenga­hkan asal usul kami sebagai sebuah syarikat pembinaan dengan

HSL Tower akan menjadi contoh yang mengetenga­hkan asal usul kami sebagai sebuah syarikat pembinaan dengan kepakaran dalam kaedah-kaedah yang maju. Datuk Paul Yu Chee Hoe Pengarah Urusan Hock Seng Lee Bhd

kepakaran dalam kaedah-kaedah yang maju.

“Ia menjadi petunjuk bagi hala tuju dan matlamat kami sebagai sebuah syarikat yang inovatif. Kami akan sentiasa dibimbing oleh teknologi demi kesejahter­aan Sarawak,” kata Pengarah Urusannya Datuk Paul Yu Chee Hoe.

Yu berkata penerangan reka bentuk ringkas oleh syarikat untuk HSL Tower sesuai dengan slogannya ‘Kami membina masa depan anda pada hari ini’.

HSL Tower dan pusat belibelah yang disediakan­nya merupakan fokus komersial bagi La Promenade.

Dengan keluasan 200 ekar, sesuku daripadany­a digunakan khas sebagai zon komersial yang berhadapan dengan Lebuh Raya Kuching-Samarahan.

Manakala baki 150 ekar lagi yang melewati sebuah tasik, yang disalurkan oleh Sungai Sarawak, adalah untuk rumah-rumah premium yang berpagar dan dijaga pengawal keselamata­n.

“Selain GBI, HSL Tower akan dihiasi kehijauan. Teres di sekitar aras lima, aras sembilan dan aras 10 akan dipenuhi tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok.

“Teres keliling ini merangkumi 25 peratus daripada kawasan lantai keseluruha­n. Ia mewujudkan persekitar­an pejabat yang menyenangk­an. Perimeter lantai bawah akan dihiasi pokok. Kawasan tanah di sepanjang lebuh raya akan sentiasa diperindah­kan,” kata Yu.

Pengurus Besarnya Ling Lai Kiong pulan menjelaska­n tentang bagaimana seluruh permukaan kaca bangunan HSL Tower yang moden mencapai penjimatan tenaga yang maksimum.

“Kami mahu menggunaka­n cahaya semula jadi di dalam bangunan kami dan pada waktu yang sama mencegah peningkata­n kepanasan.

“Untuk melakukan ini, kami menggunaka­n kaca ‘low-e’ khas, yang membataska­n pemindahan haba. Hasilnya, kami dapat mengurangk­an pencahayaa­n dalaman dan penggunaan alat pendingin hawa,” kata Ling.

Sensor yang dipasang dalam bangunan juga akan mengoptimu­mkan penggunaan tenaga manakala tiub lampu kaca di tingkat bawah akan membolehka­n cahaya menyinari tempat letak kereta di tingkat bawah tanah.

Pengurusan bangunan juga telah merangka pelan untuk memupuk nilai-nilai ‘kurangkan, gunakan semula dan kitar semula; ke dalam aliran kerjanya.

“Kami akan melibatkan diri dengan pelanggan, peruncit dan penduduk menerusi acaraacara ‘Minggu Hijau’ kami, di mana kami mengumpul barang sumbangan bagi amal kebajikan dan untuk dikitar semula,” kata Pengurus Hal Ehwal Korporat Shirley Loo.

Pensijilan GBI merupakan yang terbaharu dalam senarai anugerah bagi perancanga­n dan reka bentuk HSL.

Pada April lalu, La Promenade memenangi hadiah merit pada Majlis Anugerah Seni Bina Landskap Malaysia.

HSL merupakan syarikat pertama dari Sarawak yang menang dalam bidang berkenaan yang didominasi syarikat-syarikat pemaju dari Semenanjun­g Malaysia.

Pemenang pada masa lalu termasuk UEM Sunrise, Gamuda Land, SP Setia dan Setia Eco Glades.

Hakim- hakim landskap memuji La Promenade kerana memperuntu­kkan 15 peratus daripada tanah pembanguna­n bagi ruang yang boleh digunakan, hijau dan terbuka - jauh mengatasi garis panduan kerajaan sebanyak 10 peratus.

“HSL berkembang maju di atas perancanga­n jangka panjang, sama ada bangunan GBI atau pelan induk berlandska­p.

“Mencuba sesuatu yang baharu atau melakukan sesuatu yang lebih daripada jangkaan sememangny­a mencabar dan sukar, tetapi setakat ini, segalanya berjalan dengan baik sekali. HSL Tower kami yang baharu bukan sekadar sebuah bangunan baharu, ia adalah satu cara pemikiran baharu,” kata Yu.

Beliau turut memberitah­u, majlis pecah tanah projek itu dilakukan pada hujung 2015 dan ia dijadual siap pada 2019.

 ??  ?? MERCU TANDA: Gambar pelan reka bentuk HSL Tower
MERCU TANDA: Gambar pelan reka bentuk HSL Tower
 ??  ?? JEJAS BEKALAN: Pekerja kontraktor LAS sedang melakukan kerja menampal paip yang bocor.
JEJAS BEKALAN: Pekerja kontraktor LAS sedang melakukan kerja menampal paip yang bocor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia