Utusan Borneo (Sarawak)

Persediaan melacurkan diri: Ibu tunggal dihukum sebat dan penjara

-

KUALA TERENGGANU: Seorang ibu tunggal berumur 30 tahun dijatuhkan hukuman enam sebatan dan penjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan persediaan untuk melacur pada 17 September lalu.

Hakim Syarie Rosdi Harun menjatuhka­n hukuman tersebut mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ( Takzir) ( Terengganu) 2001 dalam prosiding yang dijalankan selama lebih sejam itu semalam.

Kesalahan itu memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau enam sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie Terengganu, Mohd Kahzmizan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah semalam juga mengarahka­n hukuman sebatan dilaksanak­an di penjara di mana tertuduh ditahan selepas tempoh 14 hari sekiranya tiada rayuan daripada pihak tertuduh.

Hakim Syarie ketika membacakan pertuduhan bagaimanap­un menyatakan kekecewaan­nya terhadap sikap wanita berusia 30 tahun itu yang tidak menunjukka­n sebarang tandatanda keinsafan sepanjang prosiding dijalankan.

Tertuduh yang berbaju kurung berwarna biru muda dan tudung warna senada juga dilihat tidak memberikan sebarang reaksi selepas hukuman dibacakan.

Dalam prosiding sebelum ini, wanita dari Selangor itu ditahan ketika bersama seorang lelaki dipercayai pelanggann­ya dalam serbuan di sebuah bilik di Hotel Felda Residence, di sini, kira-kira jam 11.45 malam pada 17 September lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan dalam serbuan yang dilakukan penguat kuasa syariah daerah di bilik bernombor 507 di hotel berkenaan dan melakukan rampasan terhadap 11 barangan yang disahkan milik wanita itu termasuk kondom, minyak pelincir, coli dan seluar dalam.

Difahamkan, tertuduh juga menerima bayaran sebanyak RM100 daripada pelanggan untuk melakukan perbuatan itu pada hari sama ketika ditahan.

Tertuduh mengakui terpaksa melakukan perbuatan itu kerana memerlukan wang untuk menyara kehidupann­ya dan anak perempuan berusia tujuh tahun yang dijaga oleh kakaknya di Klang, Selangor. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGAJARAN: Ibu tunggal (dua kiri) dijatuhkan hukuman enam sebatan dan enam bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan persediaan untuk melacur 17 September lalu.
— Gambar Bernama PENGAJARAN: Ibu tunggal (dua kiri) dijatuhkan hukuman enam sebatan dan enam bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan persediaan untuk melacur 17 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia