Utusan Borneo (Sarawak)

Kes saman fitnah Lim Guan Eng terhadap Utusan Malaysia selesai Utusan Malaysia memohon maaf kepada Lim atas kesilapan tersebut

-

GEORGE TOWN: Kes saman fitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap Utusan Malaysia (M) Bhd semalam selesai selepas Pengarang Rencana dan Analisis syarikat akhbar itu Zulkifli Jalil memohon maaf kepadanya berhubung penerbitan satu artikel pada tahun 2015.

Zulkifli dalam pernyataan maafnya berkata beliau juga berasa kesal terhadap penerbitan artikel itu dan menarik balik artikel bertajuk ‘Pengundi Atas Pagar Jadi Penentu?’ yang diterbitka­n akhbar itu pada 10 April 2015.

“Utusan Malaysia secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Yang Amat Berhormat (YAB) Lim Guan Eng atas kesilapan tersebut yang tidak disengajak­an itu atas apa jua kesusahan dan pengaiban yang mungkin diakibatka­n kepada YAB Lim Guan Eng ekoran daripada penerbitan artikel berkenaan.

“Utusan Malaysia juga berakujanj­i untuk tidak menerbitka­n atau menyebabka­n penerbitan perkataan-perkataan atau perkara serupa yang dinyatakan di dalam artikel tersebut,” katanya.

Beliau membacakan penyataan maaf itu di dalam mahkamah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rosilah Yop yang turut dihadiri peguamnya Datuk M Reza Hassan dan Lim bersama peguamnya Datuk N. Mureli.

Lim kemudianny­a menerima penyataan maaf itu dan peguamnya Mureli memohon mahkamah menetapkan perintah kos dan ganti rugi terhadap anak guamnya.

Mahkamah kemudianny­a menetapkan 18 Okt untuk penyerahan hujahan bertulis mengenai kos dan ganti rugi itu serta 23 Okt ini bagi menentukan jumlah kos dan ganti rugi yang perlu dibayar kepada plaintif.

Selepas selesai prosiding, Lim yang juga Menteri Kewangan ketika ditemui pemberita berkata hari ini (semalam) sepatutnya untuk perbicaraa­n kes itu, bagaimanap­un kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesai­kan kes saman itu.

Katanya, beliau berasa gembira kerana dapat membersihk­an namanya daripada fitnah jahat dan penipuan oleh syarikat akhbar berkenaan yang mendakwa beliau campur tangan dalam tanah wakaf di Pulau Pinang ketika memegang jawatan sebagai ketua menteri.

“Tentu ini adalah usaha untuk memainkan sentimen bahaya untuk menyemarak­kan sentimen kebencian terhadap saya sebagai seorang bukan Islam dengan memainkan sentimen bahawa saya campur tangan dalam hal ehwal agama Islam sedangkan saya tidak pernah berbuat demikian.

“Ini adalah satu kenyataan palsu yang diusahakan oleh pihak Utusan Malaysia dan sekarang dibuktikan mahkamah adalah palsu,” katanya.

Lim berkata pihaknya tidak akan teragak- agak untuk mengambil tindakan sama sekiranya ada pihak yang masih memainkan sentimen perkauman dan ekstremism­e terhadapan­ya.

Lim memfailkan saman itu pada 10 Sept 2015 terhadap Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Zulkifli sebagai defendan kedua, mendakwa defendan telah menerbitka­n satu artikel bertajuk ‘Pengundi Atas Pagar Jadi Penentu?’, pada 10 April 2015.

Dalam kenyataan tuntutanny­a, Lim mendakwa artikel berkenaan mengandung­i kenyataan fitnah, palsu dan berniat jahat terhadapny­a kerana mendakwa plaintif campur tangan dalam urusan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang berhubung isu tanah wakaf. — Bernama

Ini adalah satu kenyataan palsu yang diusahakan oleh pihak Utusan Malaysia dan sekarang dibuktikan mahkamah adalah palsu. Lim Guan Eng Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSALAH: Nagarujun (tengah) hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan kes bunuh isteri anggota polis tiga tahun yang lalu, di Mahkamah Taiping semalam.
— Gambar Bernama BERSALAH: Nagarujun (tengah) hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan kes bunuh isteri anggota polis tiga tahun yang lalu, di Mahkamah Taiping semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia