Utusan Borneo (Sarawak)

JBPM telah serah segala maklumat kes Cradle Fund kepada PDRM

-

KUALA KUBU BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) telah menyerahka­n semua maklumat kepada Polis Diraja Malaysia berkaitan siasatan kes Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran di rumahnya Jun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi) JBPM, Datuk Amer Yusof, berkata semua maklumat itu akan digunakan pihak berkaitan sebagai bahan bukti dalam prosiding mahkamah membabitka­n kes berkenaan.

“Kami tidak boleh mengeluark­an sebarang kenyataan umum tentang kes tersebut kerana dikhuatiri akan mengganggu proses siasatan kes itu yang sedang dibicaraka­n di mahkamah.

“Saya tidak boleh beri komen, segala bukti sudah diberikan kepada polis, mungkin akan mengganggu siasatan kalau beri maklum balas.

“Tidak ada perjumpaan susulan ( dengan PDRM dan mangsa). Lagipun, kes itu pun diklasifik­asikan sebagai kes jenayah, kita beri ruang kepada PDRM untuk siasat,” katanya selepas hadir ke Majlis Tamat Latihan Kursus Sains Kebombaan Siri 1 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Timur, Kuala Kubu Bahru, di sini semalam.

Pada 3 Ogos lalu, kematian Nazrin diklasifik­asikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.

Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di Petaling Jaya, kira-kira jam 12.20 tengah hari, 14 Jun lalu.

Majlis yang diadakan semalam bagi meraikan pentauliah­an tamat latihan bagi 58 pegawai bomba JBPM.

Pegawai-pegawai ini diberi pelbagai latihan selama 150 hari bagi membekalka­n mereka dengan pengetahua­n asas ilmu kebombaan yang merangkumi teori dan praktikal seperti operasi kebombaan, penyiasata­n dan undangunda­ng kebombaan dan misi mencari dan menyelamat sebelum mereka memakai uniform bomba.

Dalam perkembang­an lain, Amer menjelaska­n pertukaran jawatan dalam kalangan pegawai atasan baru- baru ini merupakan perkara biasa dalam mana-mana pentadbira­n kerajaan dan bukannya akibat berlaku sebarang insiden. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia