Utusan Borneo (Sarawak)

Untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankua­sa Peringkat Eksekutif

-

PUTRAJAYA: Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang mengadakan mesyuarat pertamanya semalam akan merangka pelan tindakan yang sewajarnya untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankua­sa Peringkat Eksekutif dalam tempoh dua bulan selepas tarikh ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, mesyuarat semalam mengambil maklum mengenai isu pola pendapatan dan perbelanja­an isi rumah rakyat Malaysia yang dibentangk­an oleh Jabataan Perangkaan Malaysia.

“Lebih 60 peratus punca pendapatan isi rumah adalah daripada pendapatan bergaji dan perbelanja­an isi rumah B40 dan M40 yang mempunyai tanggungan lebih tertumpu kepada perbelanja­an dan minuman,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat berkenaan di Jabatan Perdana Menteri di sini.

Tambah Dr Wan Azizah, bagi tempoh 2016, lebih 50 peratus perbelanja­an adalah tertumpu kepada tiga kumpu- lan utama iaitu makanan dan minuman, perumahan dan utilliti serta pengangkut­an.

Jelasnya, purata perbelanja­an isi rumah di bandar adalah 90.7 peratus daripada purata pendapatan (RM7,671) manakala purata perbelanja­an isi rumah di luar bandar adalah 94.2 peratus daripada pendapatan (RM4,359).

Tambah Timbalan Perdana Menteri pada mesyuarat itu, Kementeria­n Pengangkut­an mencadangk­an pelaksanaa­n pas bulanan tanpa had perjalanan Rapid Rail dan Rapid Bus Bersepadu dan diskaun untuk perkhidmat­an KTM Komuter untuk pengguna pengangkut­an awam di Lembah Kelang.

“Cadangan berkenaan adalah berdasarka­n model di negara maju seperti Jepun, Perancis, United Kingdom dan Singapura di mana pengangkut­an awam disubsidi oleh pemerintah. Bagaimanap­un pada peringkat ini, cadangan berkenaan tertakluk kepada persetujua­n jemaah menteri kerana subsidi pengangkut­an awam melalui

Lebih 60 peratus punca pendapatan isi rumah adalah daripada pendapatan bergaji dan perbelanja­an isi rumah B40 dan M40 yang mempunyai tanggungan lebih tertumpu kepada perbelanja­an dan minuman.” Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri

pas bulanan melibatkan kos yang tinggi iaitu RM300 juta setahun,” katanya lagi.

Jelas Dr Wan Azizah, mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara semalam juga mengesyork­an untuk mengkaji inisiatif bagi mengurangk­an penggunaan gula dalam makanan proses siap.

“Inisiatif ini bukan sahaja baik untuk kesihatan pengguna malah dijangka akan dapat menurunkan import bahan mentah gula dalam jangka masa panjang. Namun, kerjasama daripada pihak industri adalah penting untuk menjayakan inisiatif ini,” katanya lagi.

Tambah beliau, mesyuarat semalam juga menggalakk­an perluasan pelaksanaa­n konsep ‘Zero Waste Malaysia’ ke kementeria­n lain yang pada masa kini dilaksanak­an Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melalui Program ‘Food Bank’ sebagai satu daripada inisiatif peduli rakyat.

Program Food Bank melibatkan penyertaan 12 pasar raya melalui kerjasama strategik dengan pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu golongan kurang berkemampu­an mendapatka­n bekalan makanan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia