Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem PLWS tarik minat pekerja mahir di luar negara pulang: Kula Segaran

-

KUALA LUMPUR: Pelaksanaa­n Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktivi­ti (PLWS) dilihat inisiatif terbaik untuk membawa pulang rakyat Malaysia berkemahir­an tinggi di luar negara kembali berkhidmat di tanah air.

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata keberkesan­an sistem itu terbukti di mana setakat Ogos lalu, sebanyak 84,249 syarikat telah melaksanak­an PLWS melibatkan 4.1 juta pekerja.

“Pencapaian tersebut amat memberangs­angkan dan sasaran 87,000 syarikat akan melaksanak­an sistem tersebut menjelang tahun 2020 dilihat mampu dicapai memandangk­an kerajaan menetapkan sasaran 85,000 majikan menerima pakai pelaksanaa­n tersebut yang memberi manfaat kepada 3.9 juta pekerja menjelang 2020.

“Jadi, untuk menggalakk­an mereka kembali menyumbang kepada ekonomi negara, sistem upah, produktivi­ti dan pelaburan yang lebih baik perlu dilaksanak­an dan PLWS adalah platform terbaik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Anugerah PLWS 2018-Piala Menteri Sumber Manusia di sini semalam.

Katanya kerajaan serius dalam meningkatk­an produktivi­ti negara dan membawa pulang rakyat Malaysia yang berkemahir­an tinggi adalah penting.

Katanya terdapat lebih 700,000 rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dalam pelbagai bidang dan kemahiran.

Jelasnya, Malaysia mempunyai tenaga mahir yang bukan saja mampu menyumbang kepada ekonomi negara malah dunia.

“Sudah tiba masanya untuk mereka kembali menyumbang kepada negara berdasarka­n situasi menang-menang antara pekerja, majikan dan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pelaksanaa­n PLWS, Kula Segaran men- jelaskan ia satu mekanisme menghubung­kan produktivi­ti dengan prestasi dan ganjaran individu berlandask­an situasi ‘ menangmena­ng’ antara majikan dan pekerja.

Dalam perkembang­an lain, pihaknya sudah mengadakan perbincang­an dengan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Nurul Islam dan masih dalam proses mencari kata putus mengenai isu penghantar­an balik pekerjanya yang telah tamat tempoh dan tidak mempunyai dokumen sah.

“Dalam pertemuan Selasa lalu (kelmarin), saya telah meminta beliau untuk mempertimb­angkan syarat yang ditetapkan memandangk­an polisi penghantar­an tersebut turut diguna oleh negara lain seperti Korea Selatan.

“Lebih utama, ia melibatkan keselamata­n negara. Jadi, kita mahu mencapai situasi menang-menang antara kedua-dua negara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia