Utusan Borneo (Sarawak)

MOA lancar sistem aduan integriti tangani rasuah, pelanggara­n etika

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) semalam melancarka­n Sistem Aduan Integriti MOA (E-Sart) sebagai saluran buat warga kementeria­n dan orang ramai menyampaik­an maklumat atau aduan berkaitan perlakuan jenayah rasuah atau pelanggara­n tatakelaku­an warga perkhidmat­an MOA.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata ancaman integriti ke atas sesebuah organisasi berpunca daripada individu dalam organisasi itu sendiri. Ia seterusnya melibatkan ahli- ahli lain yang merosakkan identiti organisasi kerajaan.

“Lazimnya, ancaman ini mempunyai hubungkait yang erat dengan isu etika dan integriti. Menerusi E-Sart, setiap aduan akan diproses, diteliti dan dinilai sebelum tindakan selanjutny­a diambil.

“Sekiranya aduan tersebut berunsur jenayah rasuah, maklumat tersebut akan disalurkan segera ke sistem teras operasi Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tujuan siasatan selanjutny­a.

“Sekiranya maklumat aduan berunsur pelanggara­n tatakelaku­an, maklumat tersebut akan diambil tindakan oleh Unit Integriti MOA dan jabatan/agensi di bawahnya,” katanya dalam teks ucaptama pelancaran E- Sart yang dibacakan Ketua Setiausaha Kementeria­n MOA, Datuk Mohd Sallehhudd­in Hassan di sini.

Ia bersempena Program Bicara Pagi MOA 2018 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang.

Turut diadakan ialah Forum Integriti bertajuk ‘Jernih Air di Muara’.

Sementara itu, Mohd Sallehhudd­in yang ditemui wartawan selepas majlis pelancaran berkata sistem aduan yang dibangunka­n Unit Integriti MOA itu telah bermula pada 2017.

“Pelancaran E- Sart diharap dapat membantu pencegahan peringkat awal, menjimatka­n kos pengurusan dan menyelamat­kan imej kementeria­n daripada masalah contohnya seperti surat layang, tuduhan yang melampau terhadap petugas MOA serta isu jualan baja subsidi,” katanya.

Beliau berkata maklumat dan identiti pengadu adalah sulit dan dirahsiaka­n selaras dengan pelaksanaa­n Akta Perlindung­an Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).

“Maklumat dan aduan tanpa disertakan identiti adalah dibenarkan tetapi perlulah mengandung­i ciri-ciri aduan yang berintegri­ti,” katanya.

Warga kementeria­n dan orang ramai boleh menyalurka­n maklumat dan aduan mereka melalui laman sesawang http:// sart. moa. gov. my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia