Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Mahathir minta Trump bersikap lebih konsisten

-

NEW YORK: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terdapat keperluan bagi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump supaya bersikap lebih konsisten,termasukbe­rhubung dasar berkaitan Asia.

“Jadilah lebih konsisten. Jika anda mahu menentang kami, katakan saja yang anda mahu menentang kami. Jika anda tidak mahu menentang kami dan anda mahu (kita) bersahabat, katakan sahaja dan (ayuh) kita bersahabat,” kata perdana menteri Malaysia itu, yang berada di sini untuk menghadiri Perhimpuna­n Agung BangsaBang­sa Bersatu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang nasihat beliau kepada Trump untuk melakukan pembaharua­n berhubung dasar di Asia, dalam pertemuan dengan anggota Majlis Amerika Syarikat mengenai Hubungan Luar, pada Rabu.

Ditanya tentang penilaian beliau terhadap Trump, perdana menteri berusia 93 tahun itu menjawab beliau tidak tahu bagaimana untuk memberi pendapat tentang presiden itu.

“Sebab beliau mengubah fikiran malah dalam hanya beberapa jam sahaja,” kata Dr Mahathir, yang memberi contoh pendirian tidak tetap Trump mengenai sama ada untuk mengadakan atau tidak pertemuan dengan pemimpin negara lain.

“Jadi amat sukar untuk menjangkak­an apa yang beliau mahu lakukan. Berurusan dengan orang yang tidak konsisten merupakan masalah yang sangat besar,” kata perdana menteri.

Dr Mahathir berkata beliau mempunyai tanggapan bahawa Presiden Amerika itu “tidak tahu sangat tentang Asia dan oleh itu, beliau membuat keputusan yang tidak didasarkan kepada hakikat yang nyata,”

“… dan beliau nampaknya memikirkan tentang Amerika dan hanya berfikir bagaimana untuk menjadikan Amerika hebat semula. Beliau tidak memikirkan tentang hubungan luar,” kata Dr Mahathir.

Perdana Menteri menegaskan bahawa respons Amerika kepada mana-mana krisis tertentu “adalah untuk menghantar kapal perang” , yang pada pandangan beliau bukanlah satu cadangan yang sangat baik.

“Ia mewujudkan ketegangan, ia satu bentuk provokasi. Sebab itulah Malaysia menyuaraka­n dasar luarnya untuk tidak membenarka­n kapal perang ditempatka­n di kawasan berkenaan,” katanya, merujuk kepada laluan air yang penting di Laut China Selatan dan Selat Melaka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia