Utusan Borneo (Sarawak)

Najib bakal berdepan beberapa pertuduhan, kata Noor Rashid

Polis masih jalankan siasatan berhubung kes 1MDB, banyak lagi siasatan kes itu belum lengkap dan perlukan masa

-

KUANTAN: Rezeki yang diharap, namun ‘bala’ pula yang menimpa dan itulah yang berlaku kepada seorang peniaga wanita setelah mengalami kerugian sebanyak RM28,980 selepas menjual sepasang baju kurung bernilai RM120 dalam sebuah laman sesawang jual beli terkenal Selasa lalu.

Dalam kejadian 4.45 petang itu mangsa, 21 yang tinggal di Kampung Cenderawas­ih di sini telah memuat naik iklan untuk menjual sepasang baju kurung berkenaan sebelum menerima ulasan daripada suspek yang menyatakan minat untuk membeli baju kurung berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa kemudian telah memberikan nombor akaun bank kepada suspek untuk urusan pembayaran.

“Bagaimanap­un selepas mendakwa telah membuat pembayaran, suspek telah meminta mangsa untuk membuat pelbagai bayaran bagi mendapatka­n wang sebanyak RM120 kerana pembeli itu kononnya berada di luar negara.

“Mangsa kemudian telah membuat lima kali transaksi melibatkan pembayaran berjumlah RM28,980 ke akaun yang diberikan,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini semalam.

Pengadu kemudian tidak berpuas hati dan berasakan dirinya telah ditipu selepas wang bayaran yang dijanjikan tidak dimasukkan ke dalam akaunnya.

Dia kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kelmarin.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. — Bernama GEORGE TOWN: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berhadapan beberapa lagi pertuduhan berhubung kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata polis masih menjalanka­n siasatan berhubung kes 1MDB dan banyak lagi siasatan kes itu belum lengkap ketika ini serta ia mengambil sedikit masa.

“Ya memang akan ada lagi pertuduhan (di mahkamah) ke atas Datuk Seri Najib kerana banyak lagi siasatan masih dijalankan terhadap beliau termasuk siasatan menurut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (pecah amanah), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.

Cuma ia mungkin mengambil sedikit masa kerana seperti saya katakan sebelum ini, kes itu memerlukan siasatan yang teliti dan rapi kerana sebahagian bukti-bukti ada di luar negara dan kami perlu melalui pejabat Peguam Negara (AG) untuk mendapatka­nnya.

“Negara yang terlibat ialah Switzerlan­d, Singapura, Amerika dan ada dua tiga negara lain, kami telah pun mengambil tindakan dengan negara terlibat dengan menghubung­i AG mereka dan satu perbincang­an telah dibuat namun siasatan itu akan mengambil masa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi PDRM 2018 di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini semalam.

Baru-baru ini, Najib berdepan dengan 21 pertuduhan iaitu melibatkan diri dalam pengubahan wang haram

Negara yang terlibat ialah Switzerlan­d, Singapura, Amerika dan ada dua tiga negara lain, kami telah pun mengambil tindakan dengan negara terlibat dengan menghubung­i AG mereka dan satu perbincang­an telah dibuat namun siasatan itu akan mengambil masa. Tan Sri Noor Rashid Ibrahim Timbalan Ketua Polis Negara

membabitka­n lebih RM4.3 bilion dan empat tuduhan rasuah berjumlah RM2.3 bilion melibatkan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Sementara itu, Noor Rashid berkata polis juga akan memanggil isteri bekas perdana menteri itu, Datin Seri Rosmah Mansor bagi membantu siastaan berhubung rampasan barang-barang kemas yang sebahagian miliknya, dipercayai mempunyai kaitan dengan kes 1MDB.

“Sekarang ini tengah proses mengenal pasti identiti barang-barang kemas yang dirampas itu dan pakar serta syarikat yang berkaitan sedang menjalanka­nnya...selepas selesai semua itu polis akan memanggil Datin Seri Rosmah untuk membantu siasatan terutama bagi membuat pengesahan adakah ia (barang kemas) miliknya,” katanya.

Beliau berkata polis juga tidak menolak kemungkina­n untuk memanggil Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang direman Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mulai kelmarin bagi membantu siasatan kes 1MDB, kerana dipercayai beliau juga mempunyai kaitan dengan kes itu.

“Sehingga sekarang, polis telah rakam percakapan 64 orang dan mungkin ramai lagi yang akan dipanggil. Kes 1MDB ini adalah kes yang besar dan banyak aspek perlu diteliti serta pelbagai pecahan di dalam (kes) itu polis kena siasat. Banyak kami kena siasat... bagi ruang kepada polis,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMPASAN: Hasanuddin (dua kiri) bersama para pegawainya pada sidang media mengenai rampasan pistol dan dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama RAMPASAN: Hasanuddin (dua kiri) bersama para pegawainya pada sidang media mengenai rampasan pistol dan dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Kota Bharu, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENYAMPAIA­N ANUGERAH: Noor Rashid (dua kiri) menyampaik­an Piala Kejohanan Inovasi PDRM 2018 kepada pasukan Kedah yang mencipta Intervensi Pencegahan dan Penyalahgu­naan Dadah kepada Pelajar Sekolah pada Program Inovasi PDRM 2018 di Universiti Sains Malaysia (USM), George Town, semalam.
— Gambar Bernama PENYAMPAIA­N ANUGERAH: Noor Rashid (dua kiri) menyampaik­an Piala Kejohanan Inovasi PDRM 2018 kepada pasukan Kedah yang mencipta Intervensi Pencegahan dan Penyalahgu­naan Dadah kepada Pelajar Sekolah pada Program Inovasi PDRM 2018 di Universiti Sains Malaysia (USM), George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia