Utusan Borneo (Sarawak)

MSU mengadakan program Pameran Busana dan Budaya

-

SHAH ALAM: Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagai­an seni warisan dan budaya yang mewakili pelbagai etnik. Salah satu daripada identiti tersebut ialah pakaian tradisiona­l atau busana.

Justeru, Management and Science University (MSU) dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta Jabatan Warisan Negara (WARISAN) mengadakan program Pameran Busana dan Budaya (SENADA) di sini.

Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang dirancang khusus sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Ke- menterian Pendidikan Malaysia bertemakan Warisan. Pelaksanaa­n Bulan Bahasa Kebangsaan ini akan melibatkan beberapa aktiviti yang bertujuan memartabat­kan bahasa Melayu yang dilaksanak­an pada peringkat IPT.

Sehubungan itu, kerjasama pintar di antara KPM dan MSU ini bakal memberi impak positif dalam meningkatk­an penghayata­n dan memupuk minat terhadap bahasa kebangsaan merentas bangsa dan etnik serta memartabat­kan bahasa dan memelihara budaya warisan.

Hadir bagi merasmikan program ini ialah Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Teo Nie Ching.

Turut hadir Presiden MSU Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Abdul Yajid, Pengarah Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara Khalid Syed Ali, pengurusan kanan KPM dan MSU serta wakil daripada JKKN dan WARISAN.

Pelbagai aktiviti telah dirancang sempena program SENADA ini termasuk pameran busana tradisiona­l, sukan dan permainan rakyat, instrumen muzik, persembaha­n lagu dan tarian tradisiona­l serta pertunjuka­n fesyen.

Setiap aktiviti berkenaan akan memfokuska­n kepada keunikan kepelbagai­an bangsa dan etnik di Malaysia.

Majlis yang sama turut menyaksika­n Jabatan Warisan Negara telah menyerahka­n sijil pengiktira­fan kepada MSU atas usaha memelihara dan mempromosi songket sebagai salah satu warisan negara melalui penganjura­n ASEAN Songket Festival 2018 baru-baru ini.

Ia telah berjaya mencipta rekod baharu Malaysia Book of Records (MBR) sebagai ‘The Largest Participat­ion In A Songket Wearing Event’ (4,878 penyertaan).

Penganjura­n SENADA ini juga adalah selari dengan inisiatif universiti untuk melahirkan graduan yang kompeten, holistik dan versatil melalui penerapan budaya kecemerlan­gan.

Penglibata­n para pelajar dalam program ini pula merupakan sumbangan khusus mereka bagi memperkasa­kan busana tradisiona­l sebagai warisan kebudayaan dalam kalangan komuniti kampus khasnya dan masyarakat amnya agar terus relevan pengunaann­ya sepanjang masa.

Sepanjang lebih tiga dekad yang lalu, MSU telah memperoleh­i pelbagai pengiktira­fan sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Antaranya ialah ‘Excellent Status University, Tier 5’ dan ‘The Most Entreprene­urial Private University’ oleh Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia, Universiti Ke-217 Terbaik di Asia dalam QS Asia Ranking 2018, penarafan lima bintang dalam QS 2016 bagi pengajaran, kebolehpas­aran, kemudahan, tanggungja­wab sosial dan inklusif, ‘BrandLaure­ate Best Brand in Education for Leadership and Human Capital Developmen­t’ serta ‘Putra Brand Award 2017’.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia