Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak negeri ketiga memperkena­lkan Indeks Belia

Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia Sarawak berperanan menyelaras dasar berkaitan belia di Sarawak

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Sarawak menjadi negeri ketiga selepas Sabah dan Johor memperkena­lkan Indeks Belia dengan tertubuhny­a Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia Sarawak yang berperanan menyelaras dasar berkaitan belia di Sarawak.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata jawatankua­sa itu juga menjadi platform untuk merancang, menyelaras, memantau serta menilai perkembang­an dan hala tuju pembanguna­n belia di negeri ini.

Tambahnya, jawatankua­sa yang baharu ditubuhkan itu juga akan menyelaras pembanguna­n belia, mengumpul malumat- maklumat serta isu, masalah sosial belia bagi berbincang dan mencari jalan penyelesai­an untuk mengurangk­an masalah sosial belia di Sarawak.

“Jawatankua­sa ini ditubuhkan baru-baru ini dan mesyuarat pertama pada 19 september.

“Fungsi dan tanggungja­wabnya adalah mengadakan mesyuarat dua kali setahun, memantau dan menyelia pelan serta perancanga­n aktiviti belia dan pertubuhan belia.

Jawatakuas­a ini ditubuhkan baru-baru ini dan mesyuarat pertama pada 19 September.

“Selain itu, ia juga menerima laporan daripada setiap AJK tentang perkembang­an belia di bawah tanggungja­wab jabatan dan agensi di bahagian masing-masing.

“Satu perkara menarik dan sudah dilakukan adalah Indeks Belia Negeri Sarawak akan disediakan di mana kita sudah melantik konsultan iaitu Institut Penyelidik­an Pembanguna­n Belia Malaysia (IYRES) di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan Malaysia,” katanya pada sidang media Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2018 di Bangunan Baitul Makmur semalam.

Hadir sama ADUN Daro Safiee Ahmad dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee.

Menurut Abdul Karim, input daripada indeks tersebut penting untuk mengukur tahap kualiti dan kesejahter­aan belia bagi membentuk dasar-dasar dan perancanga­n tertentu bagi belia di seluruh Sarawak.

Tambahnya, survei akan dijalankan oleh pasukan profesiona­l selama 10 bulan bermula dari Ogos 2018 hingga Mei 2019 melibatkan 12 bahagian, 40 daerah di seluruh negeri dan seramai 14,000 responden.

Terdahulu, Abdul Karim menjelaska­n bahawa pelbagai pengisian telah diatur bagi memeriahka­n Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2018 yang akan diadakan di Stadium Tertutup Sibu dari 16 hingga 18 November akan datang.

Antaranya Belia Showcase, Pertanding­an Belia Got Talents, Belia Sihat dan Cergas, Autoshow dan Big Bikes, Pertanding­an Bernopeng, Pertanding­an Puteri Belia dan Youth Strongman 2018, Pertanding­an Melukis dan Mewarna Kanak- Kanak, Anugerah Belia Negeri 2018, Youth Townhall, Perkhemaha­n Belia Millenia, Pameran Belia dan Kerjaya, Belia Kitchen dan Gerai Jualan dan Youth Wall Climbing.

Tambahnya, kemuncak sambutan adalah perasmian oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Ahad (18 November).

“Hari Belia diadakan untuk memberi pengiktira­fan dan penghargaa­n terhadap sumbangan golongan belia kepada pembanguna­n Sarawak.

“Selain itu, ia juga bagi memupuk semangat kerjasama belia, pertubuhan belia daripada pelbagai peringkat dan sektor di peringkat ne- geri, bahagian serta daerah,” katanya.

Beliau menambah, tiga individu akan dinobat pada hari tersebut untuk menerima Anugerah Belia Negeri (Individu – lelaki dan wanita) dan Anugerah Belia Negeri (Persatuan).

Pemenang Anugerah Belia Negeri (Individu) masing-masing akan menerima RM5,000 manakala pemenang dan naib johan Anugerah Belia Negeri (Persatuan) akan menerima RM10,000 dan RM7,000.

“Kita menyasarka­n seramai 5,000 peserta terdiri daripada pelajar sekolah, IPTA, IPTS, pertubuhan belia, pekerja sektor awam dan swasta serta orang awam terlibat sama.

“Pada masa sama, kementeria­n mempelawa semua belia berumur 15 hingga 40 tahun menyertai pertanding­an mencipta logo dan tema Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2018.

“Penyertaan dibuka mulai hari ini (semalam) dan tarikh tutup pada 26 Oktober,” katanya sambil menambah borang boleh didapati di Seksyen Belia Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Juara bagi mana-mana kategori tersebut akan menerima wang tunai RM1,000 berserta sijil.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

 ??  ?? SIDANG MEDIA: (Dari tiga kiri) Hii, Abdul Karim, Safiee dan yang lain pada sidang media semalam.
SIDANG MEDIA: (Dari tiga kiri) Hii, Abdul Karim, Safiee dan yang lain pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia