Utusan Borneo (Sarawak)

Lima lagi kawasan di Sarawak diisytihar­kan terjejas rabies

-

KUCHING: Lima lagi kawasan baharu di Sarawak diisytihar­kan kawasan terjejas rabies menjadikan jumlah keseluruha­n kawasan positif rabies sebanyak 41 kawasan sehingga kini.

Perkara itu didedahkan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan di sini semalam.

Lima kawasan baharu yang terjejas itu, Jalan Teng Chin Hua di Sibu, Jalan Kilang di Bintangor Meradong ( Sarikei), Jalan Airport Lama di Kapit, Piasau Jaya di Miri dan Lutong Shell Miri.

Sehubungan itu, JPBN menasihati orang ramai mengelak daripada membeli atau mengangkat haiwan peliharaan seperti anjing yang belum disahkan status vaksin dan sumber.

Pada masa sama, JPBN turut menyaranka­n agar pemilik haiwan peliharaan seperti anjing mendapatka­n suntikan vaksin anti-rabies di pejabat veterinar terdekat.

“Jika haiwan peliharaan anda mengalami tanda-tanda rabies seperti bertukar ganas, menggigit objek, air liur berlebihan dan sukar dikawal, sila hubungi pejabat veterinar terdekat,” tambah JPBN.

Manakala bagi pemilik haiwan peliharaan yang belum mendapatka­n suntikan vaksin untuk anjing mereka digesa membawa haiwan peliharaan mereka ke Pejabat Veterinar Bahagian terdekat untuk mendapatka­n suntikan vaksin anti-rabies yang dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 8 hingga 10 pagi (kecuali cuti umum) atau pergi ke klinik veterinar swasta terdekat.

Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatka­n maklumat di laman sosial JPBN di Facebook, Instagram dan YouTube berkaitan keadaan terkini dan program pemvaksina­n dijalankan.

Justeru, Jabatan Veterinar Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri menasihati orang ramai mengambil langkahlan­gkah pencegahan dan berwaspada dengan ancaman rabies ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia