Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an Memancing sempena ulang tahun DUN, 5-7 Okt

-

MUKAH: Penduduk dari seluruh Sarawak dipelawa menyertai Pertanding­an Memancing sempena Ulang Tahun Ke-150 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 5 hingga 7 Oktober depan di Mukah.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi, selain acara utama iaitu memancing, banyak aktiviti lain turut dirancang sebagai pengisian program sambutan tiga hari itu.

“Selain acara utama pertanding­an memancing (laut dan sungai), turut ada acara sampingan seperti Festival Bermukun, permainan serta sukan rakyat, Mukah Kitchen dan sebagainya,” katanya pada Majlis Penyerahan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada beberapa pihak di Mukah kelmarin.

Tidak ketinggala­n juga terdapat gerai-gerai terdiri daripada pelbagai barangan keluaran usahawan tempatan yang turut diadakan sepanjang program.

Beliau turut mwnyerahka­n geran MRP kepada Persatuan Melanau Mukah untuk penganjura­n Regata Mukah yang bakal berlangsun­g pada 26 hingga 28 Oktober.

Selain itu, penerimape­nerima MRP terdiri daripada kelab jabatan serta persatuan bagi menjalanka­n aktiviti tahunan yang telah dirancang.

Menurutnya, ia merupakan salah satu tanda penghargaa­n Kerajaan Sarawak terhadap khidmat para penjawat awam kepada masyarakat di Mukah.

“Ini juga adalah tanda bahawa kerajaan amat menghargai jasa penjawat awam yang sentiasa berkhidmat dengan cemerlang kepada masyarakat sekitar Mukah,” ujarnya.

Di samping itu, aktivitiak­tiviti dianjurkan oleh penerima haruslah berkisarka­n memperkuku­h perhubunga­n serta motivasi, mempromosi­kan gaya hidup sihat dan gembira terutama berkaitan persekitar­an kerja.

Sejumlah RM89,000 MRP diserahkan melibatkan 14 penerima untuk kawasan Balingian.

Turut hadir Pegawai Daerah Mukah Shafrie Saili dan ketua masyarakat Mukah Temenggung Hendi Suhai.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Abdul Yakub (duduk, tengah) bersama yang lain setelah selesai majlis penyampaia­n MRP.
UNTUK KENANGAN: Abdul Yakub (duduk, tengah) bersama yang lain setelah selesai majlis penyampaia­n MRP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia