Utusan Borneo (Sarawak)

Tottenham melangkah ke pusingan keempat Rabu lepas selepas singkirkan Watford menerusi penentuan sepakan penalti

-

LONDON, England: Gol solo Eden Hazard melengkapk­an kebangkita­n Chelsea ketika menewaskan Liverpool 2-1 di Anfield sementara Tottenham Hotspur memerlukan tuah penentuan penalti untuk menewaskan Watford pada perlawanan pusingan ketiga Piala Liga Inggeris Rabu lepas.

Arsenal turut melangkah ke pusingan keempat selepas menewaskan kelab Liga Kejuaraan, Brentford 3- 1 sementara West Ham membelasah kelab divisyen empat, Macclesfie­ld 8-0 untuk kemenangan terbesar mereka dalam 35 tahun.

Tetapi drama di Anfield mencuri perhatian ketika Chelsea menjadi pasukan pertama menewaskan Liverpool musim ini.

Liverpool menang tujuh perlawanan berturut-turut dalam semua pertanding­an dan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu berada di landasan kemenangan kelapan berturut-turut apabila gol cantik Daniel Sturridge meletakkan Liverpool di hadapan dalam separuh masa kedua.

Namun Emerson Palmieri menjaringk­an gol penyamaan sebelum Hazard melepasi beberapa pemain Liverpool sebelum merembat ke pintu gol ketika berbaki lima minit permainan.

Ia adalah kebangkita­n memberangs­angkan buat anak buah Maurizio Sarri, sekali gus memberikan mereka keyakinan menjelang perlawanan lebih penting menentang lawan yang sama dalam Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge Sabtu ini.

Chelsea ketika ini di tangga ketiga liga, dua mata di belakang Liverpool selepas mengekalka­n rekod tanpa kalah setakat musim ini.

Tetapi kedua-dua pengurus, dengan Jurgen Klopp di Liverpool, melakukan lapan pertukaran dalam kesebelasa­n utama dari perlawanan hujung minggu lepas dengan Hazard bermula di bangku simpanan.

Sturridge membuka jaringan pada minit ke-58 selepas rembatan Naby Keita gagal ditepis kemas penjaga gol Chelsea, Willy Caballero, membolehka­n Sturridge melakukan tendangan terbang untuk gol ketiganya musim ini.

Chelsea mengikat kedudukan pada minit ke-79 apabila Emerson menolak bola muntah selepas penjaga gol Simon Mignolet gagal menepis kemas tandukan Ross Barkley.

Gol itu memerlukan penge- sahan sistem video bantuan pengadil (VAR) untuk mengesahka­n tiada pemain Chelsea berkeduduk­an ofsaid tetapi tiada keraguan tentang gol kemenangan Hazard pada minit ke-85.

Bintang antarabang­sa Belgium itu mendapatka­n bola dari sayap kanan padang Liverpool sebelum mengelecek beberapa pemain dan merembat kencang ke pintu gol.

Pada pertemuan pertama Arsenal menentang Brentford sejak 1947, Danny Welbeck membuka jaringan buat Arsenal seawal minit kelima perlawanan di Stadium Emirates sebelum menjaringk­an gol kedua pada minit ke-37. Alan Judge merapatkan kedudukan buat Brentford dari satu tendangan percuma pada minit ke-58 tetapi Alexandre Lacazette menafikan sebarang kejutan dengan gol ketiga Arsenal pada minit akhir. Di Stadium London, West Ham memberikan ‘pengajaran’ besar kepada Macclesfie­ld, yang ketika ini berada di kedudukan paling bawah dalam hierarki bola sepak di England dengan Michael Antonil membuka jaringan pada minit ke-29 sebelum Robert Snodgrass menambah jaringan tiga minit kemudian. Lucas Perez dan Ryan Fredericks dan Angelo Ogbonna menjadikan kedudukan 5-0. Snodgrass menjaringk­an gol kedua peribadi pada m i n i t ke- 60 d a n p e - main b a - h a r u , Grady Diangana menjaringk­an dua gol pada minit akhir. Pada perlawanan lain, Nottingham Forest juga meneruskan kemaraan selepas menang 3-2 ke atas Stoke City. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? Lamela (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada aksi Piala Liga menentang Watford di Stadium MK, Milton Keynes Rabu lepas. HAZARD
— Gambar Reuters Lamela (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada aksi Piala Liga menentang Watford di Stadium MK, Milton Keynes Rabu lepas. HAZARD
 ??  ?? CERIA:
CERIA:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia