Utusan Borneo (Sarawak)

Ligue 1: PSG mencipta rekod dengan kemenangan ketujuh berturut-turut

-

turut-turut musim ini dan membuka jurang kelebihan lapan mata di tangga teratas Ligue 1 Perancis.

Dengan 21 mata maksima, jurulatih baharu PSG, Thomas Tuchel, mengatasi rekod terbaik sebelum ini dengan 19 mata oleh bekas jurulatih Unai Emery musim lepas.

PSG boleh mencipta satu lagi sejarah Sabtu ini di mana kemenangan ke atas Nice akan membolehka­n mereka menyamai rekod terbaik lapan kemenangan berturut-turut yang dicipta kelab Lille pada awal musim 1936/1937.

Kehilangan Lassana Diarra kerana kecederaan dan Kylian Mbappe kerana kecederaan, PSG keting- galan seawal minit kedua apabila Xavier Chavalerin membuka jaringan pada perlawanan di Parc des Princes.

Tetapi Edinson Cavani mengikat kedudukan dua minit kemudian dan memperoleh­i satu tendangan penalti minit ke-24 yang disempurna­kan Neymar.

Cavani menjaringk­an gol kedua peribadi sebelum rehat dan Thomas Meunier melengkapk­an jaringan selepas menerima umpanan Moussa Diaby.

Moussa Dembele menjaringk­an dua gol pertama untuk Lyon dalam tempoh dua minit di Dijon ketika pasukannya menang 3- 0, sekali gus melonjak kelab ke tangga kedua liga.

Dembele, yang tiba dari Celtic pada 31 Ogos, membuka jaringan pada minit ke17 sebelum menambah gol kedua dua minit kemudian.

Martin Terrier melengkapk­an jaringan pada minit ke-35.

Lyon kini mengumpul 13 mata dari tujuh perlawanan, lapan mata di belakang PSG.

Lille, yang memulakan perlawanan dengan berada di tangga kedua, tewas 0-1 di Bordeaux menerusi gol Francois Kamano. Dua pasukan lain Pada perlawanan lain, Montpellie­r seri 2-2 dengan Caen sementara Marseille menang 3-2 ke atas Strasbourg menerusi gol minit akhir. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? HAMPA: Reaksi Klopp (tengah) selepas tamat perlawanan di Anfield, Liverpool pada Rabu lepas.
— Gambar Reuters HAMPA: Reaksi Klopp (tengah) selepas tamat perlawanan di Anfield, Liverpool pada Rabu lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia