Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool hadapi ujian paling getir untuk mengekalka­n rekod sempurna

-

MANCHESTER, England: Dua pasukan yang belum tewas dalam Liga Perdana Inggeris setakat musim ini, Chelsea dan Liverpool, akan bertemu di Stamford Bridge Sabtu ini dalam apa yang merupakan pertemuan terbesar liga setakat ini.

Liverpool memenangi kesemua enam perlawanan liga musim ini sementara rekod bersih Chelsea tersentak dengan keputusan seri tanpa jaringan di West Ham Ahad lepas.

Tetapi Chelsea memiliki kelebihan psikologi selepas menewaskan Liverpool pada perlawanan pusingan ketiga Piala Liga Inggeris walaupun perlawanan itu menyaksika­n kedua-dua pengurus melakukan lapan pertukaran dari skuad utama.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mengenali bakat bintang Chelsea, Eden Hazard, yang menjaringk­an gol solo cantik untuk memastikan kemenangan 2-1 Chelsea dalam Piala Liga Inggeris Sabtu lepas dan menjangkak­an beliau akan menjadi ancaman utama untuk mempertaha­nkan rekod bersih pasukannya.

Hazard adalah salah seorang dari beberapa pemain yang mengharung­i kempen memberangs­angkan di Piala Dunia dan juga di awal musim liga di mana beliau percaya kemenangan ke atas Liverpool dalam Piala Liga akan merangsang keyakinan Chelsea.

“Keputusan ini akan memberikan kami lebih keyakinan kerana kami seri dengan West Ham beberapa hari yang lalu,” kata Hazard.

“Tetapi perlawanan Sabtu ini adalah lebih penting. Kami harus cuba untuk menewaskan Liverpool.”

Liverpool hanya menang sekali dari lima pertemuan menentang Chelsea dalam liga, termasuk tewas 0-1 pada perlawanan terakhir mereka di Stamford Bridge pada bulan Mei.

Melihat dengan penuh minat perlawanan itu ialah juara bertahan, Manchester City, yang juga belum tewas tetapi seperti Chelsea, menang lima kali dan seri sekali.

Skuad kendalian Pep Guardiola dijangka tidak mempunyai masalah mengutip tiga mata apabila menentang Brighton di Stadium Etihad.

Ia adalah minggu yang sukar buat Manchester United sekali lagi selepas seri 1-1 dengan pendatang baharu liga, Wolverhamp­ton hujung minggu lepas sebelum tewas kepada kelab Liga Championsh­ip, Derby County pada perlawanan pusingan ketiga Piala Liga Inggeris Selasa lepas.

Memburukka­n lagi keputusan itu ialah ketegangan di antara pengurusny­a, Jose Mourinho dan pemain tengah, Paul Pogba.

United berdepan perlawanan sukar menentang West Ham United di Stadium London – dengan West Ham mahu mengekalka­n rentak mengikat Chelsea selepas menewaskan Everton sebelum itu.

Pada perlawanan lain, Tottenham Hotspur akan berkunjung ke kelab tercorot, Huddersfie­ld Town sementara Arsenal menentang pasukan di tangga keempat, Watford, yang menang empat perlawanan pertama mereka musim ini. — Reuters PARIS, Perancis: Paris Saint Germain (PSG) mencipta rekod baharu Rabu lepas apabila kemenangan 4- 1 ke atas Reims membolehka­n mereka mencipta kemenangan ketujuh ber-

 ?? — Gambar Reuters ?? GEGAR JARING: Cavani (kanan) menjaringk­an gol ketiga PSG pada aksi liga menentang Reims di Parc des Princes, Paris pada Rabu lepas.
— Gambar Reuters GEGAR JARING: Cavani (kanan) menjaringk­an gol ketiga PSG pada aksi liga menentang Reims di Parc des Princes, Paris pada Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia