Utusan Borneo (Sarawak)

Pickford yakini Everton, tandatanga­ni kontrak baharu enam tahun

-

LONDON, England: Penjaga gol nombor satu England, Jordan Pickford berkata beliau percaya perpindaha­n ke Everton adalah faktor utama membolehka­n beliau beraksi di Piala Dunia 2018 ketika menandatan­gani kontrak baharu enam tahun di Goodison Park Rabu lepas.

Pickford hanya membuat penampilan sulung bersama England selepas menyertai Everton dari Sunderland untuk yuran perpindaha­n 30 juta pound pada Jun 2017 tetapi setahun kemudian, beliau memainkan peranan penting bersama England, yang melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 28 tahun.

“Apabila saya berpindah tahun lepas, saya fikir Everton akan menjadi kelab hebat dan langkah tepat dalam karier saya,” kata Pickford.

“Mendapat peluang menjadi penjaga gol nombor satu England adalah kerana saya percaya saya berada di Everton dan dapat memberikan prestasi memberangs­angkan setiap minggu.

“Datang ke Everton, sebuah kelab besar dengan sejarah hebat dan melihat betapa ghairahnya penyokong mereka, ia membangkit­kan aspirasi saya untuk beraksi baik setiap minggu dan ia telah meningkatk­an karier saya dari situ.”

Bagaimanap­un, situasi tidak berjalan lancar di kelab di mana Everton menamatkan saingan musim lepas di tangga kelapan dan musim ini, mereka di tangga ke-12 selepas enam perlawanan di bawah bimbingan pengurus baharu, Marco Silva.

Pickfordba­gaimanapun­mahu menjadi seorang “legenda” di Goodison Park. — AFP

 ??  ?? SOUTHGATE
SOUTHGATE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia