Utusan Borneo (Sarawak)

VAR akan digunakan di Piala Asia 2019

-

MUMBAI, India: Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) merancang memperkena­lkan sistem video bantuan pengadil ( VAR) pada kejohanan Piala Asia tahun hadapan, menurut badan induk bola sepak Asia itu semalam.

Liga utama di Sepanyol, Itali dan Jerman sudah mengguna pakai sistem itu, yang membolehka­n insiden penting disemak menggunaka­n ulang tayang video, dan teknologi itu juga ada digunakan di Piala Dunia 2018 di Rusia pada musim panas lepas.

AFC berkata ia telah menerima kelulusan dari badan induk bola sepak dunia, FIFA dan pembuat dasar peraturan bola sepak, Lembaga Persatuan Bola Sepak ( IFAB) dan akan menggunaka­n VAR pada Piala Asia, yang bermula di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 5 Januari depan.

“Bola sepak Asia berazam untuk menerima teknologi untuk kebaikan sukan dan kami mahu memperkena­lkan VAR pada satu pering- kat pertanding­an utama AFC – Piala Asia di UAE,” kata Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa dalam satu kenyataan.

“Kami melihat VAR dengan sendiri di Piala Dunia 2018 dan ia jelas kepada semua orang di mana perlu ada latihan secukupnya kepada pengadil dan pelaburan dalam kemudahan untuk memastikan sistem berkesan dan satu tambahan positif ke dalam sukan ini.

“Kami menghargai sokongan FIFA dan IFAB dan sekarang saya meminta pengurusan ( AFC) untuk memastikan segalagala­nya disediakan untuk VAR diperkenal­kan dengan berkesan dalam Piala Asia.”

VAR mendapat pujian di Piala Dunia 2018 walaupun ada aduan di mana semakan video menjejaska­n rentak pasukan ketika menanti keputusan sesuatu kes.

Piala Asia 2019 akan menyaksika­n 24 pasukan terlibat buat kali pertama selepas hanya 16 pasukan bertanding pada empat edisi terakhir. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia