Utusan Borneo (Sarawak)

PPBN berada di landasan betul, kata Teong Kim

-

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad Bawah 16 (B-16) negara, Lim Teong Kim menyatakan Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (PPBN) berada di landasan betul walaupun pasukan muda negara gagal mencapai matlamat layak ke Piala Dunia Bawah 17 (B-17) 2019 di Peru.

Teong Kim yang pernah berkhidmat sebagai penolong jurulatih pasukan pembanguna­n gergasi Eropah, Bayern Munich, selama 12 tahun, berkata misi utama PPBN adalah melahirkan sebanyak mungkin pemain bola sepak terbaik di negara ini, dengan Piala Dunia B-17 menjadi ujian pertama program berkenaan.

“Sudah tentu keputusan ini tidak positif, namun daripada cara pemain beraksi, saya berpendapa­t PPBN di landasan betul. Mungkin saya salah, mungkin juga saya betul. Tetapi pernahkah anda lihat skuad kebangsaan beraksi seperti kami bermain?,” katanya kepada pemberita selepas Malaysia tewas 0-2 kepada Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan A Kejuaraan B-16 AFC 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Hasrat anak buah Teong Kim mencipta sejarah layak ke Piala Dunia B-17 buat pertama kali, musnah selepas Malaysia menduduki tangga tercorot Kumpulan A dengan hanya mencatat satu kemenangan menewaskan Tajikistan 6-2 dan dua kekalahan termasuk 2-4 kepada Thailand.

Mengulas lanjut, pengendali berusia 55 tahun itu, berkata PPBN tidak seharusnya dihentikan dan jumlah peruntukan bagi membiayai program berkenaan selama empat tahun perlu dilihat sebagai pelaburan jangka panjang.

“Kita perlu terus meningkatk­an prestasi pemain dan bukannya apabila kalah kita hentikan begitu sahaja pro- gram tersebut. Itu bukannya program pembanguna­n. Apa yang kita lakukan di sini?. Adakah ini pasukan senior? Kita perlu terus melabur. Kesemua ini pelaburan.

“Biar saya beritahu anda tentang Bayern Munich, mereka membelanja­kan berjuta-juta Euro semusim untuk program pembanguna­n, tetapi kadang- kadang tidak ada pemain diserap dalam pasukan utama. Itulah sebabnya pembanguna­n remaja bukan jaminan pemain ini boleh memenangi kejuaraan,” ka- tanya.

Dalam pada itu, beliau mempertaha­nkan anak buahnya dan menyifatka­n kesilapan dilakukan pemain adalah proses pembelajar­an berharga kepada mereka untuk masa depan.

“Kesilapan dilakukan pemain adalah kesilapan dilakukan pelajar sekolah. Mereka pelajar sekolah dan mereka terdedah melakukan kesilapan, tetapi pemain profesiona­l tidak boleh melakukan kesilapan sedemikian,” katanya. — Bernama

 ??  ?? TEONG KIM
TEONG KIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia