Utusan Borneo (Sarawak)

Southgate dijangka dapat ganjaran kontrak baharu

-

LONDON, England: Jurulatih England, Gareth Southgate dijangka akan menandatan­gani kontrak baharu di mana beliau akan dibayar sekitar 3 juta pound dalam empat tahun akan datang, menurut laporan Rabu lepas.

Southgate membimbing England ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018 pada musim panas lalu tetapi beliau enggan bercakap tentang rancangan masa depannya apabila ditanya pada awal musim ini.

Ia mendakwa Southgate mungkin tidak gembira dengan perhatian keterlalua­n sebagai jurulatih kebangsaan, menyebabka­n cadangan di mana beliau akan meninggalk­an jawatan sebaik sahaja kontrak semasa berakhir.

Tetapi jurulatih berusia 48 tahun itu, yang mempunyai kontrak semasa sehingga Euro 2020, kelihatan akan terus membimbing kelab sehingga Piala Dunia 2022 di Qatar.

Kontrak baharu Southgate akan disahkan pada mesyuarat lembaga pengarah Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris.

Southgate dan FA sudah membincang­kan terma lebih baik untuk kontrak baharu selepas pencapaian di luar jangkaan England sehingga ke separuh akhir Piala Dunia 2018, kali pertama ia berlaku sejak 1990.

Bekas pengurus kelab Middlesbro­ugh itu dikatakan tidak menuntut kenaikan gaji yang tinggi tetapi beliau menyedari di mana bekas jurulatih England, Fabio Capello, Sven-Goran Eriksson dan juga Sam Allardyce, menerima gaji yang tinggi.

Selepas menggantik­an tempat Allardyce pada September 2016 buat sementara apabila Allardyce dipecat ekoran satu skandal penyamaran wartawan, Southgate melakukan yang secukupnya untuk mendapat kontrak tetap sehingga Euro 2022 dengan membawa England layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Kemaraan pasukannya ke separuh akhir telah mengubah tanggapan tentang pasukan kebangsaan apabila penyokong semakin kecewa dengan berdekad- dekad kegagalan England pada kejohanan besar.

Ketika Southgate gagal membimbing England untuk kejuaraan pertama sejak Piala Dunia 1966, kekalahan kepada Croatia di separuh akhir tidak menjejaska­n suasana positif dalam skuad.

Sebaik sahaja kontrak baharu ditandatan­gani, Southgate boleh memberikan sepenuh perhatian kepada jadual Liga Negara UEFA seterusnya, dengan perlawanan menentang Croatia dan Sepanyol. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia