Utusan Borneo (Sarawak)

FAM tamatkan khidmat Teong Kim

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil langkah drastik menamatkan serta-merta khidmat Ketua jurulatih skuad Bawah 16 (B-16) negara, Lim Teong Kim susulan kegagalan Malaysia layak ke suku akhir Kejuaraan B-16 AFC 2018 yang sedang berlangsun­g di sini.

Kekalahan 0-2 kepada Jepun pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam, meranapkan impian Malaysia beraksi pada Piala Dunia B-17 2019 di Peru.

Setiausaha Agung FAM, Michael Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan memaklumka­n pemecatan tersebut diputuskan atas arahan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Keputusan dibuat berdasarka­n prestasi skuad negara yang tidak melepasi saingan peringkat kumpulan,” katanya.

Ramalingam berkata Hamidin sudah mengarahka­n Timbalanny­a, Datuk Seri Subahan Kamal memanggil Jawatankua­sa Teknikal dan Pembanguna­n Bola Sepak Belia FAM bagi mengadakan mesyuarat secepat mungkin bersama Penga- rah Teknikal FAM, Peter de Roo untuk membentuk panel pemilihan bagi mencari pengendali baharu skuad muda negara itu.

Beliau berkata cadangan senarai calon baharu itu akan dibawa ke mesyuarat Jawatankua­sa Eksekutif FAM untuk pertimbang­an selanjutny­a.

Dalam perkembang­an sama, Ramalingam berkata badan induk itu tidak mengikat sebarang kontrak dengan Teong Kim, namun bekas pemain kebangsaan itu mempunyai perjanjian dengan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN).

“Kuasa FAM terhad kepada pelantikan ketua jurulatih dan panel penolongny­a, tetapi Teong Kim masih mempunyai baki kontrak bersama majikannya. Terpulang kepada KBS menentukan masa depan Teong Kim,” jelas Ramalingam.

Beliau pada masa sama turut berterima kasih kepada penyokong Malaysia yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada skuad B-16 negara sejak perlawanan pembukaan pada 20 Sept lepas. — Bernama

 ??  ?? TERHEBAT: Pasukan gabungan Team StaRt/PGM/KBKA dinobat sebagai juara Piala KPD Sibu 2018.
TERHEBAT: Pasukan gabungan Team StaRt/PGM/KBKA dinobat sebagai juara Piala KPD Sibu 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia