Utusan Borneo (Sarawak)

Impian Malaysia ke Piala Dunia B-17 2019 tidak tercapai

-

KUALA LUMPUR: Impian Malaysia melakar sejarah melayakkan diri ke Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) 2019 musnah apabila tersingkir daripada saingan Kejuaraan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2018 selepas tewas 0-2 kepada Jepun pada aksi terakhir Kumpulan A, semalam.

Skuad kendalian Ketua Jurulatih, Lim Teong Kim itu gagal mara ke pusingan suku akhir selepas sekadar menamatkan saingan kumpulan di kedudukan terakhir dengan mengutip tiga mata hasil satu kemenangan ke atas Tajikistan dan dua kekalahan.

Pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil yang disaksikan lebih 8,000 penyokong, Malaysia bermula baik apabila berjaya menguji kubu pertahanan lawan menerusi beberapa gerakan menarik.

Malaysia berpeluang menjaringk­an dua gol menerusi percubaan Muhammad Alif Mutalib pada minit ke-19 diikuti Harith Naem Jaineh (minit ke-26), namun gagal menewaskan penjaga gol Jepun, Taiki Yamada.

Sebaliknya, Jepun yang lebih berhati-hati sejak perlawanan bermula berjaya memanfaatk­an kesilapan pertahanan negara untuk mendapatka­n gol pertama pada minit ke37 menerusi tendangan Shoji Toyama untuk Jepun mendahului 1-0 sehingga rehat.

Jepun menggandak­an jaringan hasil sepakan jarak jauh Hikaru Naruoka yang terkena palang gol sebelum melantun ke bawah dan terkena kaki penjaga gol Malaysia sebelum masuk ke dalam gawang, sekali gus mengesahka­n kemenangan skuad muda ‘Samurai Biru’ itu, pada masa kecederaan separuh masa kedua. — Bernama KUCHING: Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mahu ‘post mortem’ dilakukan terhadap manamana sukan yang gagal memenangi pingat pada temasya SUKMA XIX Perak yang berakhir baru-baru ini.

“Kita mendapati sesetengah sukan bukan sahaja sukar memenangi pingat emas, malah pingat gangsa pun tidak dapat.

“Justeru, kita akan melakukan ‘post mortem’ untuk melihat di mana kesilapan sama ada daripada cara kita mengendali­kan persatuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia