Utusan Borneo (Sarawak)

KSDS serlahkan seni dan keunikan sape

- Oleh Watt Zacchaeus

‘THE Art Of Sape 2.0 2018’ anjuran Kelab Sape Dayak Sibu (KSDS) telah berlangsun­g dengan jayanya di Pusat Warisan Sibu, baru-baru ini.

Program bertemakan ‘With Sape, We Unite’ yang masuk edisi kedua penganjura­nnya pada tahun ini telah mendapat sokongan daripada pihak Borneo Events Entertainm­ent (BEE), Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) dan Pusat Warisan Sibu.

Terdahulu, program dari jam 10 pagi hingga jam 7 malam itu dirasmikan oleh Penolong Pegawai Tadbir Pusat Informasi Pelawat STB Siti Nabzah.

Hadir sama ialah Pengurus BEE Justin Teng.

Antara aktiviti yang diadakan pada program itu ialah pameran sape, demonstras­i bermain sape, kelas sape, ‘busking’ sape dan pertunjuka­n muzik sape oleh ahli-ahli KSDS.

Pada sebelah petang, persembaha­n sape dari- pada ahli-ahli KSDS yang diketuai oleh pengerusin­ya Anthony Abong mendapat sambutan menggalakk­an daripada pengunjung.

Pengunjung yang terdiri daripada warga tempatan dan pelancong asing juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar menggunaka­n sape yang disediakan oleh KSDS untuk pengunjung yang ingin merakam kenangan.

Sementara itu, menurut Anthony, tujuan program itu diadakan ialah untuk mempromosi KSDS kepada golongan belia dan orang ramai.

Katanya, KSDS turut mengalu-alukan mereka yang berminat untuk belajar sape supaya mendaftar sebagai ahli KSDS.

“Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubung­i kami di halaman KSDS di Facebook kami. Sebarang aktiviti dan program KSDS akan dikemas kini di halaman tersebut,” tambahnya lagi.

 ??  ?? ADA MINAT: Salah seorang pengunjung cuba memetik sape. BEGINI CARANYA: Anthony memberi sedikit penerangan sambil menunjukka­n cara bermain sape. CANTIK: Sebahagian daripada sape yang dipamerkan pada program The Art Of Sape 2.0.
ADA MINAT: Salah seorang pengunjung cuba memetik sape. BEGINI CARANYA: Anthony memberi sedikit penerangan sambil menunjukka­n cara bermain sape. CANTIK: Sebahagian daripada sape yang dipamerkan pada program The Art Of Sape 2.0.
 ??  ?? PENGGIAT SAPE: Anthony (tengah) bergambar bersama ahli-ahlinya sebelum memulakan ‘busking’.
PENGGIAT SAPE: Anthony (tengah) bergambar bersama ahli-ahlinya sebelum memulakan ‘busking’.
 ??  ?? TETAMU: Antara pelancong asing yang sempat mengunjung­i pameran sape.
TETAMU: Antara pelancong asing yang sempat mengunjung­i pameran sape.
 ??  ?? MENCUBA: Anthony (kiri) bersama pengunjung mencuba memetik sape.
MENCUBA: Anthony (kiri) bersama pengunjung mencuba memetik sape.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia