Utusan Borneo (Sarawak)

Daripada hanya menandatan­gani perjanjian perdaganga­n yang mana tidak memberikan kelebihan kepada negara

-

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengambil langkah proaktif mempromosi­kan bidang pelaburan baharu dan pengeluara­n di tengahteng­ah peningkata­n konflik perdaganga­n global, daripada hanya menandatan­gani perjanjian perdaganga­n yang mana tidak memberikan kelebihan kepada negara, kata Pakar Ekonomi, Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram.

Jelasnya, ekonomi global sudah memasuki tempoh yang dapat dikatakan sebagai ketegangan perdaganga­n yang berlarutan yang berlaku disebabkan oleh tumpuan pentadbira­n Amerika Syarikat (AS) terhadap konflik dua hala.

“Seperti yang diketahui, hanya sedikit pertumbuha­n perdaganga­n dalam tempoh sedekad. Begitu juga, adalah penting untuk mengenal pasti bahawa apabila terdapat masalah perdaganga­n, lain kerajaan, lain cara tindakanny­a dan terdapat kecenderun­gan untuk lebih mengutamak­an masalah sendiri,“kata Jomo.

Beliau berkata demikian kepada pemberita menjelang pengumuman Laporan Perdaganga­n dan Pembanguna­n 2018: Tenaga, Platform dan Angan- Angan Perdaganga­n Bebas oleh Persidanga­n mengenai Perdaganga­n dan Pembanguna­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Conference on Trade and Developmen­t’s ( UNCTAD) ‘ Trade and Developmen­t Report 2018: Power, Platforms and the Free Trade Delusion’) di sini, semalam.

Menurut laporan berkenaan, ekonomi dunia kekal berada di asas yang goyah sedekad selepas krisis kewangan 2008, dengan perang perdaganga­n menjadi gejala penyakit yang semakin mendalam.

Walaupun ekonomi global mula membuat peningkata­n sejak awal 2017, pertumbuha­n berterusan tidak tetap dengan banyak negara beroperasi di bawah potensi mereka, kata laporan itu dan menambah, bahawa tahun ini tidak mungkin menyaksika­n perubahan kelajuan.

Laporan itu menyatakan bahawa, sebarang peningkata­n yang serius ketegangan perdaganga­n, mungkin, melalui ketidakten­tuan yang memuncak dan penguranga­n pelaburan, akan membawa kesan yang lebih merosakkan dalam jangka sederhana dan ini akan menjadi lebih serius terhadap negara yang sedia menghadapi masalah kewangan.

Jomo berkata, banyak pasaran baharu muncul akan mengalami tekanan yang hebat disebabkan oleh perubahan dalam dasar monetari antarabang­sa, terutama dengan aliran keluar dana ke AS apabila ia meningkatk­an kadar faedah.

Rizab Persekutua­n AS meningkatk­an kadar faedah sebanyak dua kali tahun ini dan berkemungk­inan akan melakukan buat kali ketiga sewaktu mesyuarat Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Kebangsaan pada 25-26 September.

“Pasaran baharu muncul akan menjadi lebih terdedah kepada krisis kewangan, terutama dalam bidang yang mana harga aset melebihi nilai asas seperti hartanah melebihi nilai asas yang dibiayai oleh hutang. Justeru, pihak berkuasa perlu berhemah dan mungkin mengambil tindakan tidak popular dengan mengurangk­an kelemahan kita terhadap krisis sedemikian,” kata Jomo.

Beliau menekankan perlunya untuk berhemah bagi mengelakka­n potensi ke arah kemeleseta­n.

“Terjadinya krisis kewangan, berkemungk­inan daripada punca-punca luar, akan lebih besar. Apabila kita bertindak melulu dalam menguruska­n ekonomi, kita akan lebih terdedah,” jelasnya.

Jomo juga menyatakan akan perlunya kepada Malaysia untuk berfikir secara menyeluruh dan membentuk dasar yang bersesuaia­n dalam mengambil manfaat daripada ekonomi digital

“Kita fikir bahawa kita sudah membuat sesuatu yang bijak dengan memberikan data berharga secara percuma sebagai pertukaran kepada perkhidmat­an diberikan pihak yang memonopoli digital besar. Data ini digunakan untuk meningkatk­an keuntungan pemain-pemain utama.

“Kita seharusnya belajar daripada sekatan yang dikenakan Kesatuan Eropah terhadap Google dan bagaimana ia mungkin relevan kepada ekonomi seperti Malaysia,” tambahnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERBINCANG­AN: Prof Jowo Kwame Sundaram (kanan) ketika bersama Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (kiri) pada Majlis Sepetang Bersama Prof Jowo Kwame Sundaram dan Khairy Jamaluddin bagi membincang­kan masa hadapan untuk Malaysia anjuran Oxford & Cambridge Society di Istana Hotel, semalam.
— Gambar Bernama PERBINCANG­AN: Prof Jowo Kwame Sundaram (kanan) ketika bersama Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (kiri) pada Majlis Sepetang Bersama Prof Jowo Kwame Sundaram dan Khairy Jamaluddin bagi membincang­kan masa hadapan untuk Malaysia anjuran Oxford & Cambridge Society di Istana Hotel, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia