Utusan Borneo (Sarawak)

MNSC minta kerajaan tubuh suruhanjay­a maritim

-

KUALA LUMPUR: Majlis Pekapal Kebangsaan Malaysia (MNSC) kelmarin menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjay­a Maritim Malaysia (MARCOM) yang berperanan sebagai agensi penguatkua­saan bebas bagi mengawal selila penyedia perkhidmat­an, bayaran atau caj serta amalan tidak wajar dalam sektor pengangkut­an maritim.

Dalam satu kenyataan kelmarin, MNSC menyifatka­n penubuhan Marcom akan dapat melengkapi usaha Majlis Perkapalan dan Maritim Malaysia yang baharu ditubuhkan dalam usaha memperting­kat kecekapan pengangkut­an dan kemudahan dagangan selain melonjakka­n kedudukan Malaysia sebagai pintu masuk lo- gistik pilihan ke rantau Asia.

Kenyataan MNSC itu sebagai mengulas pengumuman Kementeria­n Pengangkut­an mengenai penubuhan majlis berasingan bagi sektor industri pengangkut­an iaitu Majlis Perkapalan dan Maritim Malaysia serta Majlis Penerbanga­n Malaysia, baru-baru ini.

“Kami berharap isu berkaitan kenaikan pelbagai caj pelabuhan yang dilaksanak­an secara keputusan sebelah pihak oleh penyedia perkhidmat­an itu dapat diselesaik­an menerusi penubuhan Majlis Perkapalan dan Maritim Malaysia,” katanya.

MNSC berkata kenaikan caj itu termasuk bayaran pintu depot, kutipan deposit oleh syarikat perkapalan dan pengangkut biasa bukan kapal, caj kendalian terminal dan caj tarif pengangkut­an yang telah menjejaska­n daya saing eksport Malaysia.

“Kami mengalu- alukan langkah kerajaan menubuhkan Majlis Perkapalan dan Maritim serta Majlis Penerbanga­n Malaysia itu. Malah, sebagai pemacu ekonomi, kami yakin pekapal ( pengimport dan pengekspor­t) yang diwakili oleh MNSC mampu memainkan peranan penting dalam majlis tersebut,” katanya.

Menurut MNSC, penubuhan majlis itu oleh kementeria­n juga amat penting bagi mewujudkan satu ekosistem yang berupaya memberi respons pantas terhadap perubahan pesat keadaan pasaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia