Utusan Borneo (Sarawak)

Hong Leong sasar takaful ‘I-salam’ untuk belia

-

KUALA LUMPUR: Hong Leong MSIG Takaful (HLM Takaful) menyasarka­n produk baharunya, ‘i-Salam,’ kepada golongan belia menerusi kempen kesedaran ‘Perlumbaan untuk Perlindung­an’.

“I-Salam adalah pelan yang ideal untuk mereka yang berumur 20-an, yang baru memulakan kehidupan dan mahu perlindung­an Takaful tanpa komitmen tinggi,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Di bawah produk Takaful menawarkan perlindung­an selama 10 tahun itu, peserta berhak mendapat perlindung­an lebih tinggi sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

HLM Takaful berkata ia menyertai program ‘Perlumbaan untuk Perlindung­an’ iaitu inisiatif Persatuan Takaful Malaysia (MTA) untuk meningkatk­an kesedaran mengenai Takaful Keluarga kepada rakyat Malaysia.

Memetik laporan MTA pada 2017, ia berkata kadar penembusan Takaful Keluarga yang mencatatka­n hanya 14.66 peratus di Malaysia merupakan satu pasaran yang belum diterokai.

“Oleh itu, HLM Takaful amat percaya bahawa program ini akan terus meningkatk­an kadar penembusan Takaful Keluarga serta mengurangk­an jurang perlindung­an yang tinggi di negara ini,” katanya.

HLM Takaful berkata penyertaan dalam i-Salam adalah percuma tanpa kerumitan kerana hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah tanpa perlu menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

Selepas 10 tahun, peserta mempunyai pilihan untuk memperbaha­rui sijil Takaful tersebut sehingga dua kali tanpa sebarang penajaan jamin dan pemeriksaa­n kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif HLM Takaful Mohd Asri Omar berkata, perkongsia­n dengan MTA sesuai dengan pertumbuha­n jangka panjang dan pelan pengembang­an untuk menjadikan­takafuldap­atdiakses oleh semua rakyat Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia