Utusan Borneo (Sarawak)

Laporan kekayaan Allianz Global meletakkan Malaysia pada tempat ke-35 pada 2017

-

KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada kedudukan ke-35 dari segi aset kewangan per kapita dan tempat ke-32 dalam aset kewangan modal kasar per kapita, oleh Allianz yang berpejabat di Jerman, dalam edisi kesembilan ‘Global Wealth Report 2017’.

Laporan itu yang mengukur kedudukan aset dan hutang isi rumah di lebih 50 negara, berkata pada 2017, pertumbuha­n aset kewangan isi rumah persendiri­an Malaysia meningkat, sebanyak 8.6 peratus berbanding kurang daripada enam peratus pada tiga tahun sebelumnya.

Dalam kenyataan hari ini, ia berkata pemacu pertumbuha­n ialah aset insurans dan pencen dengan peningkata­n 10.6 peratus, yang juga merupakan kelas aset paling penting, yang mencermink­an kedudukan kukuh penxin pekerjaan.

“Sekatan ke atas isi rumah persendiri­an Malaysia untuk membuat pinjaman, berjaya dengan liabiliti merosot kepada 5.0 peratus, yang diterjemah­kan sebagai nisbah keluaran domestik kasar kepada hutang pada 84.4 peratus, berbanding paras tinggi 89.0 peratus pada 2015,” katanya.

Nisbah ini bagaimanap­un, masih melepasi purata Asia kecuali Jepun (49.2 peratus), katanya.

Sementara itu, aset kewangan bersih tumbuh 12 peratus pada 2017, peningkata­n paling pantas sejak 2012.

Susulan itu, aset kewangan bersih per kapita sebanyak euro 8,350, meletakkan Malaysia ditangga ke-35 dalam senarai negara paling kaya (aset kewangan perkapita), satu anak tangan lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, bertukar tempat dengan Poland.

Mengikut senarai, Switzerlan­d ditangga teratas, mengatasi US pada kedudukan teratas pada tahun sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia