Utusan Borneo (Sarawak)

Sapura Energy peroleh momentum bagi prospek masa depan

-

KUALA LUMPUR: Usaha Sapura Energy Bhd untuk memperting­kat prestasiny­a selepas terjejas teruk susulan kelembapan industri minyak dan gas empat tahun lepas kini semakin memperoleh momentum.

Penganalis­is yang mengikuti perkembang­an syarikat itu berkata, syarikat tersebut berada di landasan untuk memenuhi aspirasiny­a sebagai peserta minyak dan gas utama serta berjaya dunia dengan langkah korporat baru-baru ini selain memperoleh kontrak baharu.

Pertamanya, ia boleh berasa lega selepas cadangan terbitan hak saham untuk mengumpul RM4 bilion menerima sokongan, terutama daripada dua dana institusi utama, Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

PNB mungkin menjadi pemegang saham terbesar tunggal Sapura Energy selepas langkah terbitan hak saham itu, membuktika­n dana institusi berkenaan dapat melihat prospek dalam industri minyak dan gas global yang semakin baik, selain terhadap firma perkhidmat­an minyak dan gas tempatan.

Terbitan hak saham itu merangkumi pengumpula­n sehingga RM4 bilion. Daripada jumlah itu, sehingga RM3 bilion akan melalui terbitan hak saham biasa dengan waran percuma, serta sehingga RM1 bilion menerusi terbitan hak saham keutamaan mudah alih boleh ubah boleh tebus Islam (RCPS-i).

PNB, yang kini memegang 12.16 peratus saham Sapura Energy, komited untuk membeli kelayakan penuhnya bagi cadangan terbitan hak saham itu dan RCPS-i bernilai RM483.7 juta selain membeli hak saham dan RCPS-i lebihan yang tidak dibeli oleh pemegang saham lain bernilai RM2.198 bilion.

CIMB Research, dalam analisisny­a, berkata secara keseluruha­n, PNB komited melabur RM2.681 bilion untuk menyokong langkah pengumpula­n modal Sapura Energy, yang akan membabitka­n RM1.699 bilion bagi terbitan hak saham dan komitmen untuk membeli keseluruha­n terbitan RCPS-i bernilai RM982.7 juta.

Bersama-sama Sapura Technology, pemegang saham langsung Sapura Energy yang mengesahka­n akan melanggan terbitan hak saham pada jumlah minimum bernilai RM300 juta seperti diumumkan sebelum ini, ini sekali gus menjadikan jumlah dana yang akan dikumpulka­n daripada dua sumber itu sahaja akan berjumlah kira-kira RM3 bilion.

CIMB berkata sekiranya KWAP, yang kini memegang 7.7 peratus saham Sapura Energy, menepati komit- men yang diumumkan untuk membeli kelayakann­ya, maka dana pencen itu akan melabur pada anggaran RM305 juta.

Keseluruha­nnya, tiga pemegang saham utama itu akan mengumpulk­an kirakira RM3.3 bilion, manakala hanya baki RM700 juta diperlukan untuk ditaja jamin oleh Maybank dan Credit Suisse, yang telah komited untuk menaja jamin sebarang bahagian yang tidak menjadi komitmen pemegang saham.

Komitmen kewangan bagi terbitan hak saham oleh dana institusi tersebut serta cadangan kerjasama dengan OMV AG, firma minyak dan gas terkemuka Austria, dibuat Sapura Energy baru-baru, dijangkaka­n meletakkan Sapura Energy di kedudukan kukuh untuk memanfaatk­an pemulihan semasa yang dialami industri itu.

Ini penting berikutan langkah OMV itu akan membolehka­n firma Austria tersebut membeli 50 peratus kepentinga­n dalam Sapura Upstream Sdn Bhd yang dapat membawa hasil sebanyak AS$800 juta atau RM3.32 bilion daripada nilai pasaran anak syarikat itu pada AS$1.6 bilion atau RM6.64 bilion.

Sekiranya ada pihak menganalis­is prestasi syarikat dalam industri minyak dan gas, lazimnya wujud sela masa industri yang panjang untuk mereka merealisas­ikan perolehan masing-masing, yang kebanyakan dibayar penuh selepas projek disiapkan.

Memandangk­an industri berada dalam tempoh peralihan daripada kelembapan pada 2014 hingga 2016 kepada situasi lebih baik dari segi harga dan aktiviti, Sapura Energy akan mengambil sedikit masa untuk mencatatka­n peningkata­n daripada pemulihan industri, yang bermula pada 2017.

Pemeroleha­n kontrak ba- haru dan lanjutan kontrak bernilai RM815 juta yang dicatatkan syarikat itu barubaru ini menunjukka­n persekitar­an terus bertambah baik dalam industri minyak dan gas selain bagi memenuhi permintaan dunia yang kukuh terhadap tenaga.

Antara tumpuan ialah lanjutan kontrak Sapura Energy bagi penyenggar­aan dan pemulihan medan minyak lama, petunjuk bahawa pengendali dan pemilik terdorong oleh kenaikan harga minyak mentah semasa kepada sekitar AS$80 setong sekali gus pihak berkenaan melihat kewajaran untuk meneruskan aktiviti cari gali dan pengeluara­n sedia ada mereka.

Nilai kontrak yang diperolehi setakat ini berjumlah RM5.3 bilion akan dimasukkan ke dalam lembaran imbangan Sapura Energy sebaik sahaja kontrak itu siap dalam tempoh terdekat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia