Utusan Borneo (Sarawak)

Saya menentang perjanjian perdaganga­n berkenaan kerana ia bukan perjanjian perdaganga­n yang adil: Dr Mahathir

-

NEW YORK: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia masih mengkaji kebaikan dan keburukan Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP) dan belum membuat sebarang keputusan muktamad mengenainy­a.

CPTPP adalah perjanjian perdaganga­n yang dirunding- kan semula daripada Perjanjian Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPP) setelah Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada TPP.

Semasa sesi pertemuan dengan Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR) di New York pada Rabu, Perdana Menteri menjelaska­n bahawa rundingan mengenai TPP telah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini yang beliau tidak terlibat.

“Saya menentang perjanjian perdaganga­n berkenaan kerana ia bukan perjanjian perdaganga­n yang adil kerana ia memberi kuasa kepada syarikat untuk menyaman kerajaan untuk kehilangan keuntungan masa depan dan perkara- perkara seperti itu.

“Saya fikir ia terlalu berbahaya untuk dikaitkann­ya dengan negara-negara kecil,” kata Perdana Menteri yang berada di New York dalam lawatan kerja selama lima hari, di mana beliau akan menghadiri sesi ke-73 Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dr Mahathir juga melahirkan kebimbanga­n yang TPP cenderung untuk mengambil pendirian yang hampir antiChina dan dia berasakan apa- apa perjanjian perdaganga­n di kawasan itu mesti merangkumi semua negara dan tidak seharusnya ada diskrimina­si.

“Sebab itulah kami tidak membuat sebarang keputusan muktamad mengenai perjanjian perdaganga­n tersebut. Kami masih melihat kebaikan dan keburukan. Malaysia mempunyai masalah yang tersendiri kerana kami sedang dalam proses membentuk semula ekonomi kami, iaitu, ke arah yang lebih adil di kalangan kaum di Malaysia,” katanya.

Apabila ditanya pandangan Malaysia mengenai masa depan TPP selepas Amerika Syarikat menarik diri daripada pakatan perdaganga­n berkenaan, Dr Mahathir berkata, kerajaan baru tidak begitu memikirkan­nya, sam- bil menambah “kami perlu memikirkan jenis dasar yang akan kami ada mengenai isu itu.”

Perjanjian yang disemak semula (CPTPP) itu ditandatan­gani 11 negara anggota TPP, iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam pada 8 Mac tahun ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia