Utusan Borneo (Sarawak)

Abdul Rashid pengerusi baharu Kumpulan CMSB

-

KUCHING: Cahya Mata Sarawak Berhad ( CMSB) mengumumka­n pelantikan pengerusi baharu kumpulanny­a, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Manaf berkuat kuasa 1 Oktober depan.

Abdul Rashid akan mengambil alih tanggungja­wab daripada Pengerusi Interim Kumpulan Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib yang kembali memegang jawatan timbalan pengerusi Kumpulan CMSB.

Tan Sri Abdul Rashid memulakan kariernya pada 1970 dalam perkhidmat­an kehakiman dan perundanga­n Malaysia selain berkhidmat sebagai majistret, presiden Mahkamah Seksyen dan peguam kanan persekutua­n bagi Jabatan Cukai Pendapatan.

Beliau meninggalk­an perkhidmat­an kerajaan pada 1997 untuk meneruskan kerjayanya sebagai peguam dan kemudianny­a dalam perniagaan.

Abdul Rashid membina kerjaya yang lama dan cemerlang dalam pelbagai industri dan mempunyai rekod prestasi yang disegani dalam hal ehwal kehakiman dan kerajaan.

Beliau menjadi salah seorang penasihat undang-undang utama kepada konglomera­t Renong dengan pembabitan dalam pelbagai transaksi kerajaan persekutua­n dalam pelbagai projek infrastruk­tur di seluruh negara.

Beliau juga merupakan pesuruhjay­a sumpah dan notari awam selama bertahun-tahun.

Sejak 1997, Abdul Rashid telah berkhidmat dalam beberapa jawatan utama dalam syarikat korporat Malaysia.

Ini termasuk menjadi pengerusi S P Setia Berhad, Loh & Loh Corporatio­n Berhad, Pohmay Holdings Berhad dan SMIS Corpora- tion Berhad - semua syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Selepas tamat jawatannya sebagai pengerusi S P Setia Berhad, Abdul Rashid menubuhkan Eco World Developmen­t Group Berhad, sebuah syarikat awam yang tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia Securities Berhad dan sebahagian­nya terbabit dalam pembanguna­n hartanah.

Beliau kini merupakan pengarah pengasas syarikat terbabit.

Abdul Rashid juga pernah dilantik sebagai pengarah Stamford College Berhad pada 27 Jun 1994 dan menunjukka­n fleksibili­ti dan pendekatan dinamiknya kepada pelbagai sektor yang berbeza di mana beliau dapat menyesuaik­an pengalaman­nya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Korporat Datuk Isaac Lugun dalam kenyataan mengenai pelantikan itu, berkata: “CMSB telah berkembang dengan begitu pesat sekali terutama perspektif urus tadbir korporat di bawah bimbingan Yang Amat Mulia Tan Sri Syed Anwar Jamalullai­l sejak 12 tahun lalu dan pada hari ini memberi penghargaa­n legasinya yang mantap dan pencapaian­nya yang baik.

“Selepas persaraan YAM Tan Sri Syed Anwar Jamalull- ail, Dato Sri Mahmud dilantik sebagai pengerusi Interim Kumpulan sementara CMSB mencari seorang pengerusi bebas.

“Kami sekarang gembira mengumumka­n pelantikan Tan Sri Abdul Rashid sebagai pengerusi Kumpulan bebas kami yang baharu untuk mengukuhka­n lagi kepercayaa­n teras kami terhadap urus tadbir korporat yang baik bagi memastikan kebebasan ditegakkan sepanjang masa.

“Dengan pengalamaa­nnya selama bertahun-tahun dan ilmu dalam dunia perniagaan dan korporat, pelantikan Tan Sri Abdul Rashid dijangka memainkan peranan amat penting kepada pertumbuha­n CMSB untuk melanjutka­n kemajuan kami sebagai kumpulan syarikat yang merupakan asas kepada pembanguna­n dan perkembang­an Sarawak pada masa depan.

Saya tidak ragu bahawa pengalaman­nya yang luas dalam sektor industri khususnya, relevan kepada CMSB untuk memberi khidmat yang baik kepada empat pemegang kepentinga­n utama kami iaitu pemegang saham, masyarakat, pelanggan dan pekerja kami,” katanya.

Tambah beliau, dalam semua kapastinya selama ini, Abdul Rashid telah mempamerka­n kekuatan menakjubka­n dan kepimpinan yang luar biasa yang telah menghasilk­an kepentinga­n yang bertahan lama bagi organisasi di mana beliau terlibat sama.

“Pada asasnya, beliau merupakan seorang pemimpin yang percaya bahawa perniagaan dapat dan haruslah dinamik dan membawa transforma­si dengan mengukuhka­n kehidupan, mencapai pertumbuha­n kukuh dan membina masyarakat yang lebih mantap,” katanya.

 ??  ?? ABDUL RASHID
ABDUL RASHID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia