Utusan Borneo (Sarawak)

Rasuah melalui pembelian ‘online’ antara jenayah yang sukar dikenal pasti

-

KUALA LUMPUR: Pemberian rasuah melalui pembelian barangan dalam talian (online) merupakan antara kegiatan jenayah rasuah yang sukar dikenal pasti Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata barangan ‘online’ yang dibeli menyukarka­n usaha untuk mengesan rasuah.

“Pemberi rasuah akan membeli pelbagai barangan di web seperti Lazada dan Shoppee. Jika dah dibeli, barangan itu akan terus dihantar ke penerima suapan sebagai ganjaran.

“Dengan cara yang begitu, ia susah untuk dibuktikan sebagai rasuah,” katanya kepada pemberita selepas temu bual di Bernama Radio di Wisma Bernama, di sini, semalam.

Tambah Mohd Shukri, selain pembelian dalam talian, ganjaran dalam bentuk kad kredit juga diamalkan.

“Sebagai contoh, pemberi rasuah akan memberi kad kredit untuk penerima membeli-belah dan seumpamany­a.

“Contohnyap­enerimaras­uah diberi kad kredit dengan had kredit sehingga RM50,000. Jikalau dah habis hadnya, individu itu akan diberi kredit tambahan untuk dinikmati,” katanya.

Selain itu, Mohd Shukri menjelaska­n penjenayah kini turut menggunaka­n akaun ‘proksi’ iaitu dengan menggunaka­n khidmat pemilik akaun bank yang kaya.

“Kita mengalami kesulitan apabila nak jejak salah laku jenayah rasuah dalam akaun terbabit kerana pemilik akaun memang orang kaya. Jadi orang kaya mempunyai banyak transaksi dalam akaun mereka,” jelasnya.

Apabila ditanya tentang keberkesan­an undang-undang sedia ada di negara dalam membendung jenayah rasuah, Mohd Shukri memberitah­u undang- undang di negara sudah memadai.

Tambahnya, apa yang penting, SPRM perlu lebih bersedia dalam menangani jenayah rasuah dan salah guna kuasa kerana penjenayah sentiasa berfikir lebih ‘advance’ bagi melepaskan diri daripada perbuatan mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia