Utusan Borneo (Sarawak)

Pengawal keselamata­n cedera dipukul rakan

-

KUALA LUMPUR: Senarai perisytiha­ran harta ahli kabinet dan ahli parlimen yang sepatutnya dipaparkan di portal Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 Okt ini ditunda ke 15 Okt.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata penangguha­n itu dibuat memandangk­an semua ahli kabinet dan ahli parlimen belum genap tiga bulan tempoh perkhidmat­an mereka.

“Sepatutnya 1 Okt ini tapi kita tangguhkan dua minggu kepada 15 Okt untuk semua ahli kabinet dan parlimen untuk isytiharka­n harta mereka.

“Senarai harta ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan pihak SPRM sebelum kita siarkan di Por- tal SPRM,” katanya kepada pemberita selepas majlis deklarasi dan menandatan­gani ikrar bebas rasuah ketua-ketua jabatan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini, semalam.

Menurutnya, setakat ini perisytiha­ran harta tidak melibatkan ahli dewan undangan negeri (ADUN) dan kepimpinan di peringkat negeri. — Bernama MIRI: Seorang pengawal keselamata­n cedera di belakang badan setelah dipukul rakannya sendiri menggunaka­n batang paip getah di sebuah rumah di Piasau Utara di sini, petang Rabu lalu.

Menurut sumber, mangsa seorang lelaki berusia 50-an dipukul rakannya yang dikenali sejak enam bulan lalu.

“Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa telah diserang oleh suspek, seorang lelaki 20-an yang tiba-tiba meluru masuk ke dalam rumah lalu memukul mangsa,” kata sumber.

Difahamkan, punca kejadian tersebut mungkin kerana mangsa pernah menasihati suspek agar tidak menyimpan barang curi di rumahnya.

Susulan kejadian itu, mangsa kemudianny­a membuat laporan polis di balai berdekatan untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia