Utusan Borneo (Sarawak)

PSG intai kemenangan kelapan berturut-turut

-

PARIS: Jurulatih Paris SaintGerma­in ( PSG) Thomas Tuchel berkata dia tidak melakukan apa- apa yang istimewa untuk menambah baik perhubunga­n di antara dua penyerang bintang, Neymar dan Edinson Cavani, walaupun kedua-dua pemain itu memainkan peranan penting untuk membantu juara Perancis itu melakukan permulaan musim yang terbaik dalam sejarah mereka.

Cavani menjaringk­an dua gol dan memenangi tendangan penalti yang disempurna­kan oleh Neymar apabila PSG bangkit selepas ketinggala­n untuk menewaskan Reims 4-1 pada Rabu lepas, menjadikan­nya tujuh kemenangan daripada tujuh perla- wanan pada musim ini.

Musim pertama Neymar di Paris selepas perpindaha­n rekod dunianya dari Barcelona ditamatkan awal disebabkan oleh kecederaan kaki.

Namun sebelum itu, wujud kebimbanga­n bahawa pemain Brazil itu menjalin hubungan yang dingin dengan Cavani, selepas kedua- dua pemain khususnya berbalah mengenai tugasan mengambil tendangan penalti.

Masalah sedemikian tiada Rabu lepas, apabila kedua-dua pemain memimpin PSG untuk mencatatka­n satu lagi kemenangan tanpa Kylian Mbappe yang digantung permainan.

“Saya tidak melakukan apaapa yang istimewa. Ia adalah penting untuk mereka bertukar-tukar dengan satu sama lain,” kata Tuchel, yang menyaksika­n pasukannya mendahului dengan lapan mata di tempat teratas Ligue 1.

PSG bertandang ke Nice pada malam ini (Sabtu) untuk memburu kemenangan kelapan daripada lapan perlawanan dalam liga – jika mereka berbuat demikian, mereka akan menandingi permulaan musim terbaik dalam sejarah oleh mana- mana kelab di Perancis, yang dibuat oleh Olympique Lillois pada 1936. — AFP

 ?? — Gambar Bernama ?? SENGIT: Pemain India ( kiri) bersaing dengan pemain Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin.
— Gambar Bernama SENGIT: Pemain India ( kiri) bersaing dengan pemain Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin.
 ??  ?? TUCHEL
TUCHEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia