Utusan Borneo (Sarawak)

RS JAGA SABAH, SARAWAK

Briged Ke-31 Infantri RS elemen penting keselamata­n Malaysia Timur

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Briged Ke-31 Infantri Rejimen Sempadan (RS) merupakan elemen yang begitu penting kepada kesejahter­aan keselamata­n Sabah dan Sarawak.

Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw berkata, RS sangat istimewa kerana ia dibentuk di Sarawak dan di bawah 1 Divisyen.

"Walaupun RS masih baharu, batalion ini dalam pembanguna­n di mana anggota, aset dan latihan akan ditambah serta dipertingk­atkan.

"Jangan menganggap diri anda sebagai anggota sampingan dalam kalangan Tentera Darat sebab anda adalah barisan hadapan ketika berada di sempadan.

"Tugas dan tanggungja­wab anda sangat penting kepada negara ini dalam menjaga keselamata­n di sempadan kita," katanya semasa berucap pada perbarisan penghargaa­n beliau di Kem Batalion Ke-6 RS, Kem Junaco Park dekat sini, semalam.

Turut hadir Panglima Briged Ke-31 Infantri RS Brigedier Jeneral Datuk Fadzil Tajudin, Panglima 9 Briged Brigedier Jeneral Shamsirudi­n Mohd Shariff dan Ketua Pegawai Eksekutif Kem Junaco Park Khiu Siong Hii.

Beliau memberitah­u, peranan RS bukan tertumpu kepada Sarawak sahaja tetapi kini bertambah.

"Walaupun dulu kita disarankan untuk menjaga sempadan Sabah dan Sarawak tetapi kini pelbagai tanggungja­wab yang kita pikul iaitu berkhidmat kepada masyarakat atau orang awam terutama jika berlaku sesuatu bencana dalam operasi dan menyelamat," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menjamin bahawa RS akan terus diperkasa serta dibangunka­n walaupun kekuatan dari segi tenaga anggota agak sedikit tetapi latihan akan diperkasak­an.

"Tiada cara lain, anggota mesti melakukan latihan dan terus berlatih untuk meningkatk­an kepakaran, membina jati diri supaya lebih yakin dan cemerlang agar batalion ini akan terus dipandang tinggi oleh masyarakat sekali gus kekal relevan.

"Sentiasa mengamalka­n perubahan, itulah yang kita mahu agar nama batalion ini terus disanjung tinggi," ujarnya.

Stephen turut mengingatk­an anggota RS agar peka dengan keadaan keselamata­n yang sentiasa berubah dan turut bersedia menempuh segala cabaran mendatang.

"Saya sangat berpuas hati dengan kejayaan batalion RS dan diharap anda akan meneruskan kecemerlan­gan ini serta mampu memperoleh kejayaan yang lebih besar lagi pada masa akan datang," jelasnya.

Sementara itu, beliau turut memberitah­u bahawa dua daripada lima batalion di bawah Briged Ke-31 RS akan dipindahka­n ke Sabah dalam masa terdekat.

"Tiga batalion lagi akan kekal di Sarawak di mana satu lagi briged RS akan ditubuhkan di Sabah kelak.

“Ini bermakna, Malaysia Timur akan mempunyai dua briged RS," tambahnya.

 ??  ?? PERIKSA: Stephen (belakang, tengah) memeriksa perbarisan anggota RS di Kem Junaco Park di Sibu, semalam.
PERIKSA: Stephen (belakang, tengah) memeriksa perbarisan anggota RS di Kem Junaco Park di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia