Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan terus tuntut, perjuang keistimewa­an, dapatkan hak Sarawak

-

BINTULU: KerajaanSa­rawak akan terus menuntut serta memperjuan­gkan keistimewa­an serta mendapatka­n hakhak rakyatnya sebagaiman­a termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Bagi tujuan itu katanya, kerajaan melalui Gabungan Parti Sarawak (GPS), akan terus menyuaraka­n hak Sarawak khususnya dalam menguruska­n hasil gas dan minyak di negeri ini menerusi Petroleum Sarawak Berhad (Petros) bagi membolehka­n kedua-dua sumber asli negeri ini dikendalik­an sendiri anak jati tempatan. “Sudah sampai masanya, kita sebagai rakyat Sarawak mengendali­kan sendiri hasil gas dan minyak yang cukup banyak di negeri ini, sekali gus mem- bangunkann­ya demi kepentinga­n semua pihak, sekali gus memperheba­tkan lagi status sosioekono­mi penduduk di negeri ini melalui sumber asli yang kita ada, “ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Taklimat Ordinan Perlombong­an Minyak 1958 (OMO58) Sarawak dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N. 70 Samalaju di Hotel Li Hua Bintulu di sini, semalam.

Taklimat berkenaan dihadiri sekitar 100 perwakilan PBB Samalaju serta ahli PBB dari ranting lain termasuk PBB Kemena dan Jepak.

Taklimat sama sebelum ini turut diadakan di Dalat, Samariang, Sibuti, Tanjong Datu dan sesi yang kelima diadakan di Bintulu manakala sesi ke-6 dijangka akan diadakan di Balingian pada minggu depan.

Jelasnya, pada masa sama, taklimat berkenaan dalam pada itu turut membincang­kan pelbagai isu lain khususnya berkaitan polisi GPS serta hubungan Kerajaan Sarawak dan kerajaan pusat.

Sudah tentu katanya, hubungan kerajaan pusat dan Kerajaan Sarawak berbeza jika dibandingk­an dengan sebelum ini, kerana sekarang ia diterajui Pakatan Harapan dan bukan lagi Barisan Na- sional seperti sebelumnya.

“Bagi tujuan itu, kita sebagai kerajaan di peringkat negeri, memainkan peranan proaktif bagi menerangka­n kedudukan GPS dalam mentadbir negeri ini, bagi membolehka­n negeri ini ditadbir secara baik sekali gus memberi manfaat buat seluruh rakyat negeri ini, “tegasnya.

Oleh sebab itu ujarnya, Pergerakan Wanita PBB turun padang bagi menerang- kan kepada rakyat mengenai kedudukan Kerajaan Sarawak yang diterajui GPS buat masa sekarang bagi memastikan­nya terus kukuh dalam mentadbir negeri.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Residen Bahagian Bintulu Suhaimi Hakim dan Pegawai Daerah Bahagian Bintulu Mataip Sayu, antara yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia