Utusan Borneo (Sarawak)

Enam finalis akan berentap pada kemuncak Bintang P.Ramlee 2018

-

S I B U : P a r t i B a n s a Dayak Sarawak ( PBDS) mengumumka­n pengerusi wilayah tengahnya Julius Enchana akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) akan datang.

Pengumuman itu dibuat presidenny­a Cobbold John Lusoi pada Program Randau PBDS di Rumah Naga Umping, Batu 16, Pasai Bon dekat sini, baru-baru ini.

“Parti kami mahu rakyat di kawasan DUN Dudong menyokong Julius pada PRN12 kelak dan merealisas­ikan impian rakyat di sini mahu melihat kerusi tersebut diwakili bangsa Dayak,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 400 hadirin pada program tersebut.

Jelasnya, masyarakat Dayak harus menyokong usaha menggerakk­an parti bangsa sendiri daripada terus menganggot­ai parti bangsa lain yang dibimbangi mereka akan dipergunak­an.

“Jika kita mahu lihat Dayak kuat, kita harus perhatikan perumpamaa­n dalam bahasa Iban iaitu ‘ Megai Ulu’ (memimpin parti sendiri).

“Kita berharap selepas ini bangsa kita tidak lagi mengharapk­an politik orang lain dan seharusnya menyokong platform politik sendiri iaitu PBDS,” tegasnya.

Sekiranya Julius mampu memenangi kerusi DUN Dudong pada PRN12 kelak atas tiket PBDS, ia akan menempa sejarah tersendiri selepas beberapa penggal bangsa Dayak tidak menjadi wakil rakyat di kerusi tersebut.

SemasaPRN1­1lepas, Casper Kayong Umping seorang bangsa Dayak bertanding atas tiket Bebas pernah mencabar calon Barisan Nasional (BN) Datuk Tiong Thai King, calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Yap Hoi Liong dan calon STAR Ting Yii Hing.

Bagaimanap­un, Kayong tewas dengan ia dimenangi Tiong sekali gus menewaskan penyandang kerusi, Yap.

Kali terakhir wakil rakyat berbangsa Dayak di DUN Dudong ialah Jawan Empaling daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada tahun 1980-an sebelum diganti Datuk Dr Soon Choon Teck.

Sebelum Jawan, wakil rakyat di DUN Dudong sebelum ini ialah Datuk Sandah Jarau, Dr Nicholas Munong dan Wilfred Kiruh.

Kerusi DUN Dudong ketika ini disandang Tiong yang merupakan calon langsung BN. KUCHING: Kemuncak Bintang P.Ramlee 2018 menjanjika­n persembaha­n luar biasa daripada enam pasangan finalis yang akan beradu suara di Stadium Perpaduan, Petra Jaya pada 6 Oktober ini.

Mereka ialah Zainal Bojet dan Siti Azliyani Jasini mewakili Sarawak, Mohd Syazrul Nizam dan Maizatul Asfa (Sabah), Azfar Don dan Anisa Izulya (Perlis), Danie Hasbullah dan Che Rohaida (Selangor), Mohd Hamdhan dan Azlin Asyiqin (Kelantan) serta M.D Wahidul dan Nurul Aishah (Terengganu).

Justeru, Ketua Penolong Pengarah Kejurutera­an Televisyen, RTM Sarawak Ariffin Awang mengajak orang ramai hadir memberi sokongan kepada peserta pilihan masing-masing sekali gus memeriahka­n lagi suasana kemuncak Bintang P.Ramlee 2018.

“Beberapa hadiah menarik menanti orang ramai yang datang menyaksika­n kemuncak Bintang P.Ramlee 2018 ini,” katanya pada sidang media di RTM Sarawak di sini, semalam.

Menurut Ariffin, kemuncak Bintang P. Ramlee 2018 juga akan disiarkan secara langsung di TV2 bermula jam 8.30 malam dan melalui radio SARAWAKfm serta Radio Online melalui laman sesawang www.rtmsarawak. gov.my serta Radio Klasik.

Selain itu, katanya ia akan turut diulang siar pada 13 Oktober (Sabtu) dari jam 2 hingga 4 petang.

Pemenang bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan naib johan RM15,000, tempat ketiga RM10,000 serta sagu hati RM5,000 manakala persembaha­n terbaik menerima RM2,000.

Kemuncak Bintang P. Ramlee 2018 yang menampilka­n pengacara Azrul Zaidi dan Nana Mahazan juga akan diserikan dengan persembaha­n daripada artis-artis jemputan seperti Hazama, Marsha Milan, Aisyah Aziz dan Abu Zahid Ibrahim (Bintang P.Ramlee 2014).

 ??  ?? AKAN BERENTAP: Ariffin (depan, tiga kiri) bersama pegawai RTM yang lain bergambar dengan para finalis Bintang P.Ramlee 2018.
AKAN BERENTAP: Ariffin (depan, tiga kiri) bersama pegawai RTM yang lain bergambar dengan para finalis Bintang P.Ramlee 2018.
 ??  ?? SOKONG: Cobbold (tiga kanan) mengumumka­n Julius (dua kiri) akan bertanding di kerusi DUN Dudong pada PRN12 semasa Program Randau PBDS di Rumah Naga, Batu 16, Pasai Bon.
SOKONG: Cobbold (tiga kanan) mengumumka­n Julius (dua kiri) akan bertanding di kerusi DUN Dudong pada PRN12 semasa Program Randau PBDS di Rumah Naga, Batu 16, Pasai Bon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia