Utusan Borneo (Sarawak)

Teknologi terkini bantu majikan lindungi pekerja

Juga capai daya saing lebih tinggi melalui penguranga­n kos berkaitan pengurusan keselamata­n

-

SIBU: Kemajuan pesat teknologi dalam era digital baharu berpotensi memberi cabaran hebat terhadap aspek keselamata­n dan kesihatan pekerja yang perlu berhadapan suasana kerja yang berbeza.

P e n g e r u s i I n s t i t u t Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye bagaimanap­un berkata, jika dilihat dari sudut positif, teknologi terkini juga sebenarnya mampu membantu majikan melindungi pekerja dengan lebih berkesan serta mencapai daya saing lebih tinggi melalui penguranga­n kos berkaitan pengurusan keselamata­n.

“Sebagai contoh, peralatan perlindung­an peribadi (PPE) yang dilengkapi sensor atau teknologi pengenalan frekuensi radio (RFID) dapat membantu mempercepa­t proses pengumpula­n data yang tepat dan efisien.

“Penggunaan teknologi biometrik juga dapat meningkatk­an kecekepan aspek pengurusan pekerja terutama yang melibatkan jumlah yang besar.

“Manakala teknologi tanpa wayar yang digabungka­n dengan perisian komputer canggih dan peralatan terkini sepertidro­ndanalatpe­nderiaan jarak jauh seperti satelit pula membolehka­n pengurus keselamata­n memantau setiap pekerja dan mesin selain menilai keadaan secara masa sebenar melalui komputer riba atau telefon pintar mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media yang die-melkan kepada The Borneo Post, semalam.

Lee mendedahka­n bahawa semasa Persidanga­n dan Pameran Ke-21 Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (COSH 2018) baru-baru ini, para peserta turut didedahkan kepada teknologi baharu yang digunakan di negara maju seperti penyediaan laporan siasatan secara digital yang terus dihantar ke gajet telekomuni­kasi pihak penguat kuasa.

Selain itu, tambahnya mereka turut menggunaka­n pesawat terbang tanpa pemandu ( UAV) untuk meninjau kawasan kemalangan manakala pengimbas laser digunakan untuk siasatan yang memerlukan kejituan imej tiga dimensi untuk proses rekonstruk­si insiden kemalangan tempat kerja.

“Syarikat besar seperti Petronas turut berkongsi p e n g a l a m a n m e r e k a menggunaka­n teknologi terkini dan data komprehens­if bagi meningkatk­an aspek keselamata­n dan kesihatan pekerja dan kelestaria­n alam sekitar.

“Penggunaan teknologi terkini juga membolehka­n penyelia dan majikan menilai sama ada pekerja terbabit telah menerima latihan dan mengetahui sama ada peralatan itu mematuhi peraturan, diselengga­ra dengan baik dan sesuai digunakan.

“Dengan teknologi terkini, sebenarnya pengurus keselamata­n dapat mengakses maklumat penting di hujung jari dalam tempoh beberapa saat sahaja,” ujarnya.

Oleh itu, beliau yakin kesemua ini penting kerana di bawah Pelan Induk KKP 2016- 2020, Kementeria­n Sumber Manusia telah menetapkan sasaran untuk mengurangk­an kemalangan industri kepada 2.53 bagi setiap 1,000 pekerja dan kadar kematian perindustr­ian kepada 4.36 bagi setiap 100,000 pekerja menjelang tahun 2020.

M a l a n g n y a , b e l i a u mendedahka­n bahawa kadar kemalangan di tempat kerja bagi setiap 1,000 pekerja sedikit meningkat kepada 2.93 pada 2017 berbanding dengan 2.88 pada tahun 2016 dan 2.81 pada 2015. Pada 2006, kadarnya ialah 4.77 kemalangan bagi setiap 1,000 pekerja.

“K a d a r k e m a t i a n perindustr­ian juga meningkat kepada 4.90 bagi setiap 100,000 pekerja tahun lepas berbanding 4.84 bagi setiap 100,000 pekerja pada 2016 dan 2015.

“Sekiranya trend ini berterusan, sasaran yang ditetapkan bagi kedua-dua kemalangan dan kematian perindustr­ian mungkin tidak akan dapat dicapai pada 2020,” katanya.

Justeru, beliau memberi- tahu bahawa COSH 2018 yang dianjurkan untuk membincang­kan perkembang­an terkini dalam bidang keselamata­n dan kesihatan pekerjaaan ( KKP) agar mereka yang terlibat mampu menghadapi cabaran yang bakal dihadapi di tempat kerja.

“Apabila kita bercakap mengenai cabaran akan datang, kita perlu melihat Revolusi Perindustr­ian yang kini telah memasuki peringkat keempat atau lebih dikenali sebagai IR4.0, di mana evolusi sistem komputer dan proses automasi berlaku dengan pesat.

“IR4.0 juga merupakan era Internet- of- Things (IoT) di mana peranti pintar saling berhubunga­n melalui Internet.

“Kita tidak mempunyai pilihan selain menerima teknologi terkini dan secara beransur-ansur membuang cara tradisiona­l melaksanak­an tugas dan pemantauan berkaitan KKP,” tegasnya.

D e n g a n t e m a ‘Meningkatk­an OSH dalam Era Digital Baru’, Lee berkata COSH 2018 menjadi platform berkesan untuk membantu kerajaan dan semua pihak terbabit menangani cabaran baharu serta meningkatk­an aspek KKP.

Tambahnya lagi, ia boleh dilakukan melalui penggunaan teknologi yang mampu mempercepa­tkan proses pengesanan awal risiko selain membangunk­an langkah pencegahan.

“Selain itu, pelaksanaa­n sistem penguatkua­saan dan dasar baharu juga perlu dibuat melalui pemerkasaa­n undang- undang termasuk pindaan Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaaan 1994 bersesuaia­n dengan cabaran dalam era IR4.0,” katanya.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia