Utusan Borneo (Sarawak)

Peguam turut berjanji untuk bebaskan tertuduh daripada tuduhan

-

KUALA LUMPUR: Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini bahawa peguam Datuk N. Sivanantha­n yang mewakili tertuduh pertama, Kolonel Dr R. Kunaseegar­an telah menyuruhny­a mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

S. Ravi Chandaran, 47, berkata peguam itu turut berjanji untuk membebaska­nnya daripada tuduhan yang dihadapiny­a dan membelanya di Mahkamah Rayuan jika dia membuat pengakuan itu.

“Datuk Sivanantha­n suruh saya mengaku di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Beliau akan membela saya dan akan keluarkan saya,” katanya ketika pemeriksaa­n balas peguam Jasmine Cheong Chi May yang turut mewakili Dr Kunaseegar­an, pada prosiding membela diri yang masuk hari ke-23, semalam.

Ketika ditanya Cheong adakah Ravi Chandaran tahu bahawa undang-undang di Malaysia tidak membenarka­n seseorang tertuduh mengaku bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tertuduh menjawab: “Saya tidak tahu mengenainy­a.”

Kepada cadangan Cheong bahawa Sivanantha­n tidak pernah menawarkan dirinya untuk membela tertuduh di Mahkamah Rayuan serta menyuruh tertuduh mengaku bersalah di bawah seksyen itu kerana ia adalah sesuatu yang tidak logik, Ravi Chandaran berkata: “Mereka cuma memberitah­u saya sebegitu.”

Pada prosiding sebelum ini Ravi Chandaran mendedahka­n kepada mahkamah bahawa dia ditawarkan wang RM1.5 juta oleh Dr Kunaseegar­an jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais.

Lelaki itu mendakwa Dr Kunaseegar­an juga memberitah­u bahawa beliau akan melantik peguam lain untuk mewakili Ravi Chandaran di Mahkamah Rayuan selepas tertuduh mengaku bersalah.

R. Dinishwara­n, A.K Thi- nesh Kumar, M. Vishwanath; S. Nimalan, Ravi Chandaran, dan Dr Kunaseegar­an, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais di dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No. 1 Jalan USJ 1/ 6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dinishwara­n, 26, Thinesh Kumar, 25, Vishwanath; 28, Nimalan, 25, dan Ravi Chandaran, diwakili peguam V.Rajehgopal manakala Dr Kunaseegar­an, 55, diwakili peguam Sivanantha­n dan Cheong manakala pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung hari ini. — Bernama

Datuk Sivanantha­n suruh saya mengaku di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Beliau akan membela saya dan saya. ” akan keluarkan S. Ravi Chandaran Tertuduh ketujuh

 ?? — Gambar Bernama ?? SAKSI: Mazlan (tengah) menyaksika­n penyerahan dokumen antara Munusamy Rengasamy (kiri) dengan S Shanmugamo­orthy pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Sentul dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SAKSI: Mazlan (tengah) menyaksika­n penyerahan dokumen antara Munusamy Rengasamy (kiri) dengan S Shanmugamo­orthy pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Sentul dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia