Utusan Borneo (Sarawak)

PAS alu-alukan sokongan anggota, pengundi UMNO

-

PORT DICKSON: Mahu membawa perubahan dalam suasana politik negara supaya menjadi lebih matang dan profesiona­l mendorong pakar perunding pengurusan, Kan Chee Yuen menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Walaupun tidak memiliki sebarang pengalaman dalam politik, beliau merasakan pengalaman luasnya dalam bidang pengurusan mampu menjadi taruhan untuk bersaing dengan calon-calon lain dalam pilihan raya itu.

Berusia 45 tahun, Kan dilahirkan di Ipoh, Perak pada Ogos 1973 dan dibesarkan di Pulau Pinang.

Beliau mendapat pendidikan sekolah rendah dan menengah di St. Xavier’s Institutio­n, George Town pada 1978 hingga 1990 sebelum melanjutka­n pelajaran ke Kolej Sistematik (sekarang dikenali sebagai SEGi University and Colleges).

Beliau memulakan kerjaya sebagai pakar perunding pengurusan pada 1994 yang menawarkan khidmat mentor jurulatih pentadbira­n bagi syarikat dan organisasi dari pelbagai bidang.

Beliau juga memiliki ijazah profesiona­l bidang pentadbira­n dari Institute of Chartered Secretarie­s and Administra­tors (ICSA), United Kingdom dan telah menghasilk­an hampir 300 program dan modul pengurusan dalam pelbagai sektor.

Kan turut menjawat jawatan dalam beberapa institusi profesiona­l antara sebagai presiden Asian Alliance for Advancemen­t, pengasas Advance Accreditat­ion Authority, Singapore, pengasas bersama Asian Caucus of Invention Associatio­ns (ACIA), Hong Kong dan merupakan setiausaha kehormat Persatuan Rekaan dan Inovasi Malaysia (MINDS).

Kan, yang menggunaka­n logo pen pada PRK ini adalah seorang daripada lima calon bebas yang akan bertanding selain Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Harapan dan Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dari PAS. — Bernama PORT DICKSON: PAS mengalu-alukan sokongan anggota dan pengundi UMNO terhadap calon parti itu yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson di sini.

Presidenny­a, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata meskipun UMNO-PAS tidak mempunyai sebarang ikatan, namun beliau percaya anggota dan pengundi UMNO akan menyebelah­i parti itu.

“Dalam negara demokrasi, PAS menerima siapa sahaja yang menyokong kita,” katanya pada sidang media selepas Ceramah Perdana PAS di Bagan Pinang, di sini, malam kelmarin yang turut dihadiri calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar.

Sebelum ini, UMNO pada 24 September lepas bertindak memboikot PRK PD dengan tidak meletakkan calon mereka selain tidak akan menyokong atau membantu mana-mana calon bebas yang bertanding pada pilihan raya berkenaan.

PRK itu menyaksika­n pertanding­an tujuh penjuru di antara calon Pakatan Harapan ( PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Nazari dan lima calon Bebas iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad, bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, Lau Seck Yan, personalit­i media sosial Stevie Chan Keng Leong dan Kan Chee Yuen.

Suruhanjay­a Pilihan Raya menetapkan 13 Oktober ini sebagai hari mengundi manakala 9 Oktober untuk pengundian awal. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ALU-ALUKAN SOKONGAN: Abdul Hadi (tengah) berbicang sesuatu bersama Mohd Nazari (kiri) ketika hadir pada Ceramah Perdana bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 132 Port Dickson di Kampung Teluk Kemang di Port Dickson kelmarin.
— Gambar Bernama ALU-ALUKAN SOKONGAN: Abdul Hadi (tengah) berbicang sesuatu bersama Mohd Nazari (kiri) ketika hadir pada Ceramah Perdana bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 132 Port Dickson di Kampung Teluk Kemang di Port Dickson kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia