Utusan Borneo (Sarawak)

Kanada optimis dengan rundingan semula NAFTA

-

OTTAWA: Teks rundingan semula Perjanjian Perdaganga­n Bebas Amerika Utara (NAFTA) dijangka ditandatan­gani tidak berapa lama lagi, kata Duta Besar Kanada ke Amerika Syarikat (AS), David MacNaughto­n pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua.

“Rundingan semula telah berjalan sejak sekian lama dan saya sangat optimistik mengenainy­a,” katanya kepada pemberita.

Tarikh akhir rundingan ditetapkan AS ialah pada 1 Oktober.

Difahamkan Menteri Luar Kanada Chrystia Freeland bersama beberapa pegawai kanan berunding dengan pihak AS mengenai perkara itu menerusi persidanga­n video, lapor Perbadanan Penyiaran Kanada (CBC) semalam.

Antara dibincangk­an termasuk akses yang lebih mudah kepada AS untuk pasaran tenusu Kanada.

Kanada pula mahu Bab 19 NAFTA berkaitan mekanisme penyelesai­an pertikaian yang digunakan bagi mencabar kes antilambak­an dikekalkan.

Berkaitan tuntutan Kanada untuk melepaskan tarif penalti oleh AS terhadap eksport keluli dan aluminium masih belum diperjelas sepenuhnya.

Presiden Donald Trump sebelum ini dilaporkan berkata Kanada perlu menandatan­gani perjanjian yang telah dikemaskin­i itu pada tengah hari Ahad (0400 GMT Isnin) atau berdepan pengecuali­an dari perjanjian tiga pihak, yang termasuk Mexico.

Presiden AS itu berkalikal­i menyalahka­n NAFTA kerana menyebabka­n kehilangan pekerjaan dalam industri pembuatan AS dan mahu perubahan besar kepada perjanjian tersebut yang menghasilk­an perdaganga­n tahunan bernilai AS$1.2 trilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia