Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia mulakan penerbanga­n Johor-Ipoh

-

IPOH: AirAsia Bhd memulakan perkhidmat­an penerbanga­n sulungnya dari Johor ke Ipoh semalam, sebagai laluan baharu dalam rangkaian penerbanga­n syarikat itu yang luas.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata laluan baharu yang beroperasi empat kali seminggu itu merupakan usaha berterusan syarikat untuk mengembang­kan capaian domestikny­a.

“Kami komited untuk meningkatk­an pertumbuha­n pelanconga­n (tempatan) dengan menambah baik hubungan menerusi laluan baharu, dan perkhidmat­an kami di Ipoh akan turut menyumbang kepada perniagaan tempatan dalam aspek pelanconga­n dan pewujudan peluang pekerjaan.

“Malah, hari ini (semalam) merupakan sambutan berganda bagi AirAsia berikutan kami turut melancarka­n laluan Johor-Alor Setar dengan penerbanga­n empat kali seminggu,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan penerbanga­n sulung Johor Bahru-Ipoh AirAsia di sini semalam.

Terdahulu, Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu, Pengarah AirAsia Datuk Aziz Bakar dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Raja Azmi Raja Nazuddin menyambut ketibaan seramai 120 penumpang dengan penerbanga­n sulung AK6082 itu.

Ahmad Faizal berkata beliau yakin penerbanga­n baharu itu akan meningkatk­an lagi jumlah pelancong ke Perak dan menyumbang kepada ekonomi negeri.

Sementara itu, katanya Majlis Tindakan Pelanconga­n Perak ditubuhkan untuk membangunk­an sektor pelanconga­n negeri ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia