Utusan Borneo (Sarawak)

Dokumentar­i travelog promosi BIKF 2018 Bintulu

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

YG Films Sdn Bhd yang berpangkal­an di Kuala Lumpur sedang giat mempromosi negara-negara Asia dan kepelbagai­an warna serta kehidupan penduduk di negara-negara terbabit melalui dokumentar­i travelog berjudul Warna Warni Asia yang bakal disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun hadapan.

Dokumentar­i itu dikendali serta dijayakan oleh pelakon-pelakon popular satu ketika dahulu serta chef selebriti yang giat menjalanka­n temu bual dengan penduduk tempatan untuk episod pertama travelog yang menumpukan kepada kepelbagai kaum dan warna-warni di bandar industri minyak dan gas iaitu Bintulu Sarawak.

Episod itu memaparkan perkembang­an dan perjalanan penganjura­n acara besar Festival Layang-Layang Antarabang­sa Borneo (BIKF) 2018 di tengahteng­ah bandar Bintulu yang disertai oleh peserta dari seluruh dunia.

Pengarah Kreatif YG Films Sdn Bhd Yusmal Ghazal berkata, YG Films Sdn Bhd Kuala Lumpur merupakan penerbit serta pengarah program-progam majalah dokumentar­i RTM di TV1 TV2 dan TV Okey (dahulunya TVi).

“Kami datang ke sini (Bintulu) untuk memaparkan festival ini dalam program terbaharu syarikat saya Warna-Warni Asia iaitu sebuah rancangan travelog yang akan disiarkan di RTM pada tahun hadapan dalam 13 episod. Dan salah satunya akan menonjolka­n kemeriahan keceriaan Festival Layang-Layang Antarabang­sa Borneo (BIKF) yang kena dengan tema program kami iaitu keceriaan warna.

“Keceriaan warna, bukannya nampak dari mata sahaja atau dari segi fizikal tetapi juga kami memaparkan keceriaan orang,” ujarnya semasa ditemu bual secara eksklusif oleh Utusan Borneo dalam perjalanan kumpulan kru terbabit membuat rakaman Festival Layang-Layang Antarabang­sa Borneo 2018 edisi ke-14 di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu baru-baru ini untuk dokumentar­i TV travelog Warna Warni Asia.

Yusmal berkata, travelog ini bukan sahaja menampilka­n keceriaan warna tetapi kepelbagai­an budaya yang ada di Asia yang mana seperti yang diketahui Asia adalah tempat yang kaya, penuh dengan warna, tradisi dan terlalu banyak kekayaanny­a yang bukan satu tetapi pelbagai.

Contohnya di Malaysia katanya, “Etnik kita lebih daripada 40 dengan budaya berbeza maka keadaan itulah ingin saya tonjolkan dalam program Warna Warni Asia melalui episod ini misalnya apakah kecantikan yang ada Bintulu? Orang ramai tahu Bintulu tetapi tidak kenal sangat Bintulu sebaliknya hanya mengetahui Bintulu sebuah bandar industri pengeluar minyak dan gas.

“Mereka tidak tahu Bintulu ini mempunyai banyak benda yang menarik yang mampu menarik minat pelancong untuk datang ke Bintulu. Salah satunya adalah festival layang-layang ini.

“Jadi saya rasa apa yang kita boleh bantu ialah saya sebagai seorang penerbit program-program TV, saya akan cuba membantu dengan memaparkan salah satu festivalny­a yang paling dikenali, paling menjadi sorotan dalam kalendar bandar ini iaitu festival layang-layang. Saya sebagai orang semenanjun­g sebelum ini pun tidak tahu adanya BIKF ini. Ini kali pertama saya datang, saya tidak pernah datang ke Bintulu dan tidak pernah tahu pun tentang wujudnya BIKF ini,” katanya.

“Apabila saya nampak ia memenuhi kriteria program saya dengan menampilka­n keceriaan warna bukan hanya dari segi layanglaya­ng tetapi tempattemp­at yang menarik di Bintulu ini, makanannya, orang-orangnya juga penuh dengan `warna’ (kepelbagai­an),” jelasnya.

Tambahnya, “Ini merupakan episod yang pertama dan kami baru memulakan penggambar­an dan ada lagi 12 tempat lain yang akan kami lawati sehingga tahun depan, antaranya ke Taiwan, Jepun, India, Korea, Indonesia serta banyak festival akan kami tonjolkan dan bermacamma­cam tempat berwarna warni akan kami tampilkan dalam program ini.

“Sebabnya apabila membuat penyelidik­an atau ‘google’ tempattemp­at berwarna warni di Asia akan keluarlah Kampung Pelangi di Semarang Indonesia dan kampung itu dicat balik penuh dengan warna warni, di Korea Selatan pula adalah Gamcheon Culture Village tempat itu sama juga, masyarakat di sana membuat kampung mereka dengan memberi nafas baharu, mengecatny­a penuh warna warni dari segi rekabentuk, mural, bentukbent­uk seni, seni jalanan, grafiti dan macammacam yang membuat pengunjung takjub dengan berkata, ‘wah cantiklah tempat ni’,” katanya.

Justeru sekarang ini katanya, “Masyarakat kita suka mengambil gambar dan semua orang pandai mengambil gambar menggunaka­n telefon pintar mengenai budaya bahkan berswafoto kebiasaan semua orang yang suka berlatarbe­lakangkan pemandanga­n yang cantik, berwarna warni atau eksotik atau unik.

“Apabila cantik semasa berswafoto, seseorang itu akan mendapat sesuatu yang tentunya akan memuat naik (dalam media sosial) yang akan memberi rasa kepuasan padanya,” katanya yang berasal dari Kuala Lumpur dan pernah membintang­i dalam filem antaranya ‘Return to Paradise’ (1998), ‘2 Hati 1 Jiwa’ (2010) dan ‘4 Madu’ (2010).

PERKEMBANG­AN TERBAHARU PELAKON POPULAR

Dalam pada itu, seorang lagi pelakon, arkitek, pengacara dan pereka set TV/Filem di Malaysia, Azhar Sulaiman turut senada dalam usaha YG Films menonjolka­n kepelbagai­an warna yang ada dalam BIKF.

“Saya di sini bersama dengan produksi YG Films, merakam festival ini yang akan muncul dalam episod pertama daripada 13 episod siri Warna Warni Asia yang akan disiarkan dalam saluran Okey ataupun TV1 RTM.

“Saya difahamkan BIKF tidak pernah masuk TV secara rasmi atau formal jadi kami harap dengan apa yang kami lakukan ini ia akan mempromosi­nya dengan cara yang baik kepada festival ini tahun depan, memberi publisiti yang meluas kepada seluruh rakyat Malaysia terutamany­a di Semenanjun­g agar datang ke sini (Bintulu) untuk sama-sama merai dan memeriahka­n festival ini.

“Ini adalah festival yang ke-14, ini kali pertama saya datang ke sini dan saya tersangat teruja melihat banyak layanglaya­ng besar, kita tidak payah pergi ke luar negara untuk melihatnya,” ujarnya semasa ditemu bual.

Katanya, “Selalunya kita tengok dalam Youtube dan luar negara sahaja tetapi sekarang ini semua peserta dari seluruh dunia datang ke sini membawa layang-layang masingmasi­ng yang sangat berkualiti, bukan hanya layang-layang biasa tetapi layang-layang yang ada karakter, sangat luar biasa yang saya fikir acara ini sangat berharga dan berbaloi dianjurkan dengan penyertaan pelbagai daripada negara-negara lain serta pertunjuka­n layang-layang daripada pelbagai kategori.

“Saya fikir festival ini sangat mewarnai langit Bintulu, daripada 13 episod, ini adalah yang pertama kami rakamkan (menumpu kepada Bintulu), selepas ini kami akan pergi ke destinasi lain seperti Indonesia, Jepun dan Korea tetapi untuk Malaysia kami memilih dua acara iaitu BIKF dan Penang Internatio­nal Dragon Boat di Pulau Pinang.

“Untuk Malaysia, kita ada dua acara yang hendak dipromosik­an dan selebihnya untuk negaranega­ra lain antaranya di India, Semarang Indonesia dan lainnya,” katanya sambil menambah dokumentar­i travelog itu adalah rancangan baharu terbitan RTM dan kru yang terlibat dalam penggambar­annya adalah seramai lima orang melibatkan pengarah, hos, audio, jurukamera TV dan seorang di bahagian rakaman dron.

Azhar berkata, dokumentar­i travelog itu akan menunjukka­n semua warna serta layang-layang berwarna Bintulu dijangka disiarkan pada tahun depan atau penghujung tahun depan yang memakan masa setahun mengikut prosedur stesen TV atau bergantung kepada badan penyiaran terbabit.

Mengulasny­a mengenai peranannya katanya, “Kerja saya adalah menjaga bahagian dron, merakam menggunaka­n dron dengan rakaman yang kami buat di sini adalah sekitar kawasan Tanjung Batu Bintulu.

“Ini antara kerja baharu yang saya ceburi selain berlakon dan menumpu kepada seni bina. Pada masa sekarang saya tidak lagi berlakon sebaliknya memfokuska­n kepada bidang seni bina termasuk ditawarkan kerja mengendali­kan dron yang baharu dua minggu saya pegang.

“Tetapi saya meluangkan banyak masa belajar dan latihan melalui Youtube sebagai guru saya sehingga saya berjaya mengendali­kan dron ini, saya berterima kasih kepada Youtube yang amat membantu dalam kerja-kerja saya sebab banyak guru di media sosial itu,” jelasnya.

Azhar Sulaiman mula berlakon pada tahun 1989 dalam ‘Drama Cinta Dan Sayang’ bersama Norlida Ahmad/Connie. Pada tahun yang sama juga beliau telah memulakan pengajian dalam bidang Diploma Senibina di ITM Manjung, Perak Darul Ridzuan. Perjalanan kerjaya beliau sebagai pelakon TV dan Filem berjalan serentak semasa beliau menuntut di ITM Manjung, Perak. Beliau banyak berlakon dalam pelbagai drama TV, tele filem, filem serta merupakan pelakon popular di negara ini.

CHEF SELEBRITI MENCUBA BIDANG BAHARU

Selain itu chef selebriti, Nik Michael Imran yang turut ditemu bual bertindak sebagai hos dokumentar­i menjelaska­n mengenai perkembang­an terkini kerjayanya dengan cuba untuk menceburi bidang baharu bagi, memperluas­kan bidang serta mengumpul pengalaman dalam pelbagai cabang industri seni.

“Saya saja hendak cuba benda baharu sebabnya memasak sama juga menjadi hos cuma perbezaann­ya tiada kaitan memasak sebalik berbentuk pengembara­an yang mana antara satu perkara yang ingin saya buat atau dengan kata lain `tukar angin’,” katanya.

Beliau berkata, travelog Warna-Warni Asia untuk rancangan di RTM merupakan rancangan khusus yang memaparkan rancangan berkaitan dengan Asia.

“Kami membuat rakaman bukan sahaja dalam Malaysia bahkan seluruh Asia merangkumi dua episod dan antara satunya adalah BIKF. Yang penting mencari di mana ada warna di situ kami akan pergi,” katanya.

Mengenai acara BIKF itu satu perkataan yang beliau gambarkan adalah ‘Amazing’ kerana festival itu bersifat antarabang­sa.

“Saya berbangga dengan Bintulu sebuah bandar yang (dahulunya) tidak dikunjungi ramai orang tetapi dalam festival ini ramai orang luar negara datang, sambutanny­a begitu baik dan acaranya dikendalik­an dengan baik oleh penganjur (Lembaga Kemajuan Bintulu).

“Ia bukan festival sehari tetapi selama lima hari dan penyertaan­nya bagus dan menyeronok­kan,” katanya sambil menjelaska­n pengalaman­nya yang pernah berkunjung ke Kuching dan Miri sebelum ini berbanding Bintulu yang merupakan kali pertama dilawatiny­a.

“Saya merasakan Sarawak sebagai tempat yang memberikan harapan dan saya sayang Sarawak. Pengalaman yang menakjubka­n dan penduduk di sini hebat dan mesra berbanding Semenanjun­g.

“Saya suka Sarawak, layanan pendudukny­a amat baik umpama kita ini tetamu yang agung, sangat mesra, pelbagai melayan kita dengan sepenuh hati.

“Apa yang saya nampak Sarawak seperti satu kaum sahaja meskipun ada pelbagai kaum didalamnya dengan kehidupan pendudukny­a tanpa membezakan kaumkaum lain yang menjadi identiti Sarawak,” kata mengakhiri perbualan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PROMOSI BIKF: Kru-kru terlibat penggambar­an Warna Warni Asia untuk acara BIKF 2018 terdiri daripada (dari kanan) Nik Michael, Yusmal, Azhar berserta jurukamera dan juru audio.
PROMOSI BIKF: Kru-kru terlibat penggambar­an Warna Warni Asia untuk acara BIKF 2018 terdiri daripada (dari kanan) Nik Michael, Yusmal, Azhar berserta jurukamera dan juru audio.
 ??  ?? RAKAMAN: Hos travelog Warna Warni Asia, Nik Michael (kiri) bersama jurukamera sambil dipantau oleh Yusmal (kanan) sedang menemu bual peserta antarabang­sa BIKF 2018.
RAKAMAN: Hos travelog Warna Warni Asia, Nik Michael (kiri) bersama jurukamera sambil dipantau oleh Yusmal (kanan) sedang menemu bual peserta antarabang­sa BIKF 2018.
 ??  ??
 ??  ?? NIK MICHAEL IMRAN
NIK MICHAEL IMRAN
 ??  ?? AZHAR SULAIMAN
AZHAR SULAIMAN
 ??  ?? YUSMAL GHAZALI
YUSMAL GHAZALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia