Utusan Borneo (Sarawak)

Ekspo ICT Sarawak pada 2-4 Nov tawar hadiah menarik

-

MIRI: Acer Aspire One S1003-1677, Acer Iconia 10 dan Asus Notebook antara hadiah utama menanti pengunjung bertuah pada Ekspo ICT Sarawak, dari 2 November hingga 4 November depan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Adam Yiee berkata, selain itu pengunjung juga berpeluang mendapatka­n tawaran harga menarik 108 barangan pelbagai jenis.

“Sejumlah 108 kerusi akan disediakan dan setiap pengunjung hanya dibenar membeli satu barangan dengan tawaran harga istimewa ini.

“Menggunaka­n cara ‘first come first serve’, 108 pengunjung berminat perlu mendaftar bermula jam 9 pagi pada hari tersebut,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Adam berkata, selain tawaran harga khas tersebut, pengunjung juga berpeluang menyertai ‘Wheel of Fortune’ apabila membuat pembelian berjumlah RM100.

“Ekspo ini juga menawarkan 200 keping baucar bernilai RM5 setiap hari kepada pengunjung yang datang sepanjang ekspo ini berlangsun­g,” jelasnya.

Antara tawaran lain diperkenal adalah ‘You Buy It, We Pay It’ apabila pembelian melebihi RM300, pembeli berpeluang menyertai cabutan bertuah pada tawaran rebat sehingga RM1,000.

Menurut Adam, sebanyak 59 gerai melibatkan pelbagai jenama barangan ICT disediakan untuk para pengunjung.

Sejumlah 59 vendor ini akan mempamerka­n pelbagai jenama ICT seperti Acer, Asus, Lenovo, HP, Canon, Dell dan Samsung serta jenama utama lain dengan produk dan teknologi terkini.

Selain itu, syarikat telekomuni­kasi seperti TM, Celcom, digi, Maxis, U Mobile, Tune Talk dan Red One turut menyertai ekspo berkenaan.

“Ekspo tahun lepas berjaya menarik lebih 25,000 pengunjung dan pada tahun ini kami menyasarka­n lebih 30,000 orang,” katanya.

Ekspo ICT Sarawak bakal diadakan pada 2 hingga 4 November depan di Stadium Tertutup Miri bermula jam 11 pagi hingga 9 malam.

Dianjurkan bersama Majlis Bandaraya Miri dan Persatuan Teknologi Maklumat Sarawak (SICTA) Cawangan Miri, Acer merupakan penaja utama ekspo berkenaan.

Hadir sama ialah pengerusi penganjur Ekspo ICT Sarawak 2018 Sarah Goh dan Naib Pengerusi SICTA Alex Jong.

 ??  ?? KUNJUNGI BERAMAI-RAMAI: Adam (empat kiri) bersama ahli jawatankua­sa penganjur menunjukka­n banting mengenai Ekspo ICT Sarawak yang akan berlangsun­g dari 2 November hingga 4 November depan.
KUNJUNGI BERAMAI-RAMAI: Adam (empat kiri) bersama ahli jawatankua­sa penganjur menunjukka­n banting mengenai Ekspo ICT Sarawak yang akan berlangsun­g dari 2 November hingga 4 November depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia