Utusan Borneo (Sarawak)

PUTERA komited bekerjasam­a dengan GAPENA lonjak martabat bahasa Melayu

-

MIRI: Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) komited bekerjasam­a dengan organisasi nasional seperti Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dalam melonjakka­n martabat bahasa Melayu di utara Sarawak.

Ketua 1 PUTERA Zainal Abidin Suhaili@ Abizai berkata, persatuan akan mengadakan dua program besar iaitu Wacana Penulisan Sarawak pada November depan bagi membincang­kan karya, forum penulis dan deklamasi puisi diikuti Simpo- sium Penulis Pelbagai Kaum Malaysia di Miri pada 2019.

“Acara ini akan dibiayai DBP Malaysia, GAPENA, PUTERA dan Kerajaan Sarawak.

“Program ini cuba menghimpun­kan penulis daripada pelbagai kaum di Sarawak dalam menelusuri indeks pencapaian dalam sastera Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam PUTERA-GAPENA dan pelancaran buku penulis PUTERA di sebuah hotel baru-baru ini.

Antara usaha yang dilakukan oleh PUTERA ialah melalui penerbitan buku termasuk novel dan puisi.

Kali ini sebanyak empat buku karya penulis PUTERA dilancarka­n iaitu ‘ Aksara Bernyawa’ karya Poul Nanggang, Puteri Penakluk tulisan Jaya Ramba, Bahasa Kenalan Cinta nukilan Abang Median Abang Said dan Berani Bermimpi hasil karya Abizai.

Buku berkenaan dilancarka­n Ketua I GAPENA Datuk Zainal Abidin Borhan.

Beliau dalam ucapannya mengucapka­n tahniah kepada PUTERA atas komitmen berterusan memartabat­kan bahasa melalui karya seperti novel dan puisi.

“PUTERA memainkan peranan penting untuk samasama memperjuan­gan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Kita sama melihat perkembang­an seterusnya dalam pemerintah­an kerajaan Pakatan Harapan yang terbaharu ini.

“Saya berasa lega dengan kenyatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu acara bahasa sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur yang mahu memantapka­n bahasa Melayu di samping menggalakk­an penggunaan bahasa lain di Malaysia,” katanya.

Ketua II GAPENA Amiruddin Mohd Ali Hanafiah menyaranka­n agar PUTERA terus mantap mendukung usaha mendaulatk­an bahasa Melayu.

Sementara itu, 24 ahli jawatankua­sa GAPENA mengadakan pertemuan dengan ahli PUTERA di sini.

Majlis pada malam itu diserikan dengan bacaan dan lagu puisi.

Hadir sama Ketua II Poul Nanggang @ Alak Betatar, Setiausaha 1 PUTERA Jaya Ramba, bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak merangkap Setiausaha 1 GAPENA Dr Salleh Rahmat, Setiausaha II GAPENA Jeli Bohari Biha, bekas Ketua I PUTERA Datuk Jasni Matlani, Presiden Badan BAHASA Sabah dan jawatankua­sa penuh GAPENA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia