Utusan Borneo (Sarawak)

Saiful Bukhari lancar tabung, rayu sumbangan untuk kempen

-

PORT DICKSON: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Mohd Saiful Bukhari Azlan semalam melancarka­n tabung dana kempennya, ‘Tabung RM1’ dan merayu sumbangan daripada orang ramai.

Beliau yang membuat kemunculan umum sulungnya di Telok Kemang, pada hari keempat kempen berkata bantuan kewangan itu amat penting bagi kelangsung­an kempennya sehingga hari pengundian 13 Oktober depan.

“Saya dengan rendah diri merayu kepada sahabat semua dan seluruh rakyat Malaysia juga badan korporat, di sini saya mengakui bahawa saya memerlukan bantuan dan sokongan kewangan bagi melancarka­n proses kempen ini sehingga ke hari pengundian.

“Tabung khas ini diwujudkan serta- merta bagi menjayakan agenda ini bukan untuk kepentinga­n peribadi saya, tetapi untuk kestabilan negara… sumbanglah seberapa ikhlas walaupun RM1, ia amat bermakna demi menjayakan perjuangan ini,” katanya pada sidang media di sebuah restoran terkemuka di Telok Kemang, di sini semalam.

Mohd Saiful Bukhari juga menjelaska­n bahawa beliau tidak menyediaka­n dana untuk berkempen sebelum pilihan raya kecil itu kerana mahu mengelak daripada dituduh mendapat bayaran daripada pihak tertentu untuk bertanding.

Dalam pada itu, beliau turut mempelawa sesiapa sahaja untuk menyertai jentera kempennya secara sukarela sepanjang tempoh berkempen.

Mohd Saiful Bukhari sebelum ini dilaporkan tidak mempunyai jentera pilihan raya untuk berkempen, selain bersandark­an media sosial untuk capaian kepada pengundi Port Dickson.

Pada PRK itu, Mohd Saiful Bukhari berdepan saingan tujuh penjuru menentang bekas majikannya yang juga calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon PAS Lt.Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar selain empat lagi calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Suruhanjay­a Pilihan Raya menetapkan 13 Oktober sebagai hari pengundian dan 9 Oktober hari pengundian awal. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERAMAH MESRA: Saiful Bukhari (tengah) beramah mesra bersama orang ramai ketika berkempen di Teluk Kemang di Port Dickson semalam.
— Gambar Bernama BERAMAH MESRA: Saiful Bukhari (tengah) beramah mesra bersama orang ramai ketika berkempen di Teluk Kemang di Port Dickson semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia