Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek wanita bayar 70,000 euro untuk bunuh wartawan Slovak: Pendakwa raya

-

BRATISLAVA: Seorang suspek wanita membayar 70,000 euro untuk pembunuhan seorang wartawan Slovak yang kematianny­a mencetuska­n bantahan beramai-ramai dan menjatuhka­n seorang perdana menteri, kata pendakwa raya kelmarin.

Wartawan Jan Kuciak, yang menyiasat hubungan antara ahli politik dan mafia Itali, telah ditemui ditembak mati bersama tunang beliau di rumah pasangan tersebut berhampira­n Bratislava pada Februari, menjerumus­kan negara ke dalam krisis.

Wanita itu, dinamakan sebagai Alena Zs., telah mengarahka­n pembunuhan,Tomas Sz. adalah orang yang menembak mereka, Miroslav M. adalah seorang pemandu dan Zoltan A. adalah orang tengah,” pendakwa raya yang tidak dinyatakan namanya memberitah­u wartawan di Bratislava.

Kesemua empat individu tersebut telah ditahan dan didakwa.

Pendakwa raya berkata Alena Zs. telah dikatakan membayar sebanyak 50,000 euro dan melunaskan hutang berjumlah 20,000 euro se- bagai pertukaran bagi pembunuhan.

“Hanya pembunuhan Jan Kuciak yang diarahkan. Tunang beliau Martina Kusnirova adalah seorang mangsa tidak bersalah yang berada di tempat yang salah pada masa yang salah,” tambah pendakwa raya.

Media tempatan menyatakan Alena Zs. telah bertugas sebagai seorang penterjema­h bagi ahli perniagaan Marian Kocner, yang aktiviti perniagaan­nya menjadi fokus salah satu siasatan oleh Kuciak.

Media tempatan menambah bahawa Kocner dikatakan adalah bapa angkat kepada anak perempuan wanita berusia 44 tahun itu.

Seorang hartawan berusia 55 tahun yag memiliki lebih 12 syarikat, Kocner telah berada dalam tahanan sejak Jun kerana disyaki mempunyai wang kertas palsu. Dia belum didakwa di mahkamah. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SUSPEK: Tiga anggota polis bersenjata mengiringi Tomas Sz. (tengah) selepas pendengara­n kes di Mahkamah Jenayah Khas di Banska, Bsytica pada 30 September lalu.
— Gambar AFP SUSPEK: Tiga anggota polis bersenjata mengiringi Tomas Sz. (tengah) selepas pendengara­n kes di Mahkamah Jenayah Khas di Banska, Bsytica pada 30 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia