Utusan Borneo (Sarawak)

Segmen pembuatan industri aeroangkas­a tempatan menunjukka­n pertumbuha­n yang mengagumka­n sejak 1990-an

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasar untuk membangunk­an 30 syarikat pembuatan perusahaan kecil dan sederhana ( PKS) baharu dalam sektor aeroangkas­a menjelang 2020, selain 20 syarikat yang ada sekarang.

Ketua Pejabat Penyelaras­an Industri Aeroangkas­a Kebangsaan (NAICO), Shamsul Kamar Abu Samah berkata, segmen pembuatan industri aeroangkas­a tempatan menunjukka­n pertumbuha­n mengagumka­n sejak 1990-an dan baru-baru ini mengatasi segmen penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO) sebagai penyumbang pendapatan utama dalam sektor aeroangkas­a.

“Sudah tentu, sektor MRO telah menyediaka­n sejumlah pendapatan kepada Malaysia tetapi pada masa ini, (segmen) pembuatan adalah nombor satu. Kami berharap ia (pembuatan) boleh meningkat antara 7.0 dan 15.0 peratus setiap tahun, tetapi ia sangat bergantung kepada bagaimana kita boleh membawa lebih banyak pelaburan,” katanya.

Shamsul Kamar berkata, kira- kira 48 peratus atau RM6.6 bilion hasil industri aeroangkas­a pada 2017 datang daripada segmen pembuatan aeroangkas­a, diikuti oleh 46 peratus daripada segmen MRO dan selebihnya daripada segmen perkhidmat­an kejurutera­an dan reka bentuk.

Beliau berkata, keputusan General Electric, syarikat berpangkal­an di Amerika Syarikat untuk melabur RM200 juta bagi menubuhkan sebuah pusat perkhidmat­an LEAP berteknolo­gi tinggi baru di Malaysia akan menghasilk­an sehingga 40 syarikat penerbanga­n baru yang menyelengg­ara enjin mereka di lapangan terbang Subang.

“Kami berharap dengan pelaburan baru itu lebih banyak enjin akan diservis di Subang,” kata Shamsul kepada pemberita selepas pelancaran Konvensyen Perniagaan Aeroangkas­a Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIABC) ketiga di sini, semalam.

Pelancaran itu dirasmikan oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Darell Leiking.

Shamsul Kamar berkata, NAICO, satu unit di bawah Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), akan bekerjasam­a dengan PKS untuk memastikan penglibata­n jangka panjang mereka dalam industri aeroangkas­a.

“MITI melalui agensinya seperti Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia ( MATRADE), Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia dan SME Corporatio­n ( SME Corp), akan menyediaka­n geran untuk membantu PKS dalam industri aeroangkas­a.

“Geran terbabit, bagaimanap­un hanya meliputi kira-kira 50 peratus daripada pelaburan yang diperlukan kerana kita mahu melihat komitmen yang sama daripada pemain industri dan untuk menentukan sama ada mereka benar-benar mahu melabur dalam segmen ini,” tambahnya.

Sementara itu, Darell berkata, Pelan Induk Aeroangkas­a Malaysia 2030 menyasarka­n hasil tahunan sebanyak AS$14.3 bilion atau RM55.2 bilion menjelang 2030 dan penciptaan lebih daripada 32,000 pekerjaan berpendapa­tan tinggi.

“Malaysia berada di barisan hadapan pelbagai aktiviti dalam rantaian nilai aeroangkas­a. Syarikat kita meliputi perkhidmat­an kejurutera­an dan reka bentuk, integrasi sistem dan pembuatan bahagian dan komponen pesawat, termasuk peralatan sokongan darat dan aktiviti MRO.

“Penglibata­n PKS dalam industri itu juga menggalakk­an. Sebanyak 20 PKS di bawah Program Industri Pembuatan Aeroangkas­a Global oleh SME Corp telah menunjukka­n pertumbuha­n positif dan dijangka menjana lebih daripada RM30 juta pada tahun ini,” katanya.

Pada 2017, eksport aeroangkas­a Malaysia melonjak 54 peratus kepada RM8.51 bilion berbanding 2016, dengan eksport utama adalah bahagian dan komponen, terutamany­a untuk sayap dan fiuslaj pesawat.

KLIABC selama tiga hari yang bermula semalam dianjurkan oleh MATRADE dengan kerjasama Persatuan Industri Aeroangkas­a Malaysia ( MAIA) dan ABE France. Ia akan menyaksika­n penyertaan 150 pertubuhan industri aeroangkas­a daripada 21 negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia