Utusan Borneo (Sarawak)

DESTINASI PILIHAN PEMAIN TENIS REMAJA •

Persaingan buru mata ranking dunia di Sarawak sentiasa sengit, disertai pemain dari serata dunia

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Sarawak masih menjadi destinasi pilihan pemain tenis remaja berusia 13 hingga 18 tahun untuk memburu mata ranking dunia bagi membolehka­n mereka bertanding pada pertanding­an anjuran Persekutua­n Tenis Antarabang­sa (ITF) di peringkat lebih tinggi.

Ini dibuktikan dengan penyertaan besar pada Kejohanan Tenis Sirkit Remaja ITF Piala Ketua Menteri Sarawak anjuran Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) yang dianjurkan sebanyak dua kali setahun.

Pertanding­an berkenaan ialah Sirkit Remaja ITF (Gred 1) Piala Ketua Menteri Sarawak (I) diadakan pada Mac lalu dan Sirkit Remaja ITF (Gred 3) Piala Ketua Menteri Sarawak (II) yang dijadual berlangsun­g pada Oktober ini.

“Kita telah menganjurk­an dua kejohanan ini sejak 2001 dan ini kali ke-32 edisi Sirkit Remaja ITF (Gred 3) Piala Ketua Menteri Sarawak (II) yang akan diadakan pada 16 hingga 21 Oktober ini.

“Setakat ini, kita telah menerima penyertaan seramai 100 peserta lelaki dan 86 perempuan dari 26 negara,” menurut Presiden SLTA Datuk Patrick Liew pada sidang media semalam.

Menurutnya, negara yang mengambil bahagian ialah Australia ( 15), China ( 9), Denmark (5), Perancis (2), Jerman (1), Great Britain (2), Hong Kong (6), India (20), Indonesia (4), Jepun (11), Kazakhstan (2), Korea Selatan (5), Malaysia (33), New Zealand (1), Filipina (1), Poland (3), Rusia (2), Singapura (4), Sweden (7), Switzerlan­d (1), Taiwan (39), Thailand (4), Ukraine (1), Amerika Syarikat (4), Vietnam (1) dan Zimbabwe (1).

“Edisi kali ini dijangka amat sengit dengan penyertaan beberapa pemain pilihan seperti peserta perempuan yang menduduki ranking ke106, Nugroho Priska Madelyn dari Indonesia, pemain lelaki ranking ke-111, Eric Vaneshelbo­im dari Ukraine dan pemain ranking 176 dari Sabah, Christian Didier Chin.

“Persaingan dalam pertanding­an Gred 3 di sini sentiasa sengit dan mencabar berbanding yang dianjur di negara Asia lain kerana peny- ertaan ramai pemain ranking lebih tinggi.

“Ini akan memberi peluang kepada pemain tempatan terutama yang dalam program pembanguna­n belajar sesuatu apabila menyaksika­n pemainpema­in ini beraksi kelak,” tambah Patrick.

Beliau turut menjangkak­an kedatangan seramai 200 pemain, jurulatih termasuk ibu bapa di sini sekali gus membantu merancakka­n industri pelanconga­n sukan negeri.

Pemain negara yang akan beraksi dalam undian utama ialah Darrshan Suresh dan Takeshi Koey Jian Keong, manakala peserta perempuan ialah Sara Nayar dan Elsa Wan.

Kita telah menganjurk­an dua kejohanan ini sejak 2001 dan ini kali ke-32 edisi Sirkit Remaja ITF (Gred 3) Piala Ketua Menteri Sarawak (II) yang akan diadakan pada 16

ini.” hingga 21 Oktober Datuk Patrick Liew Presiden SLTA

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PASTI HEBAT: Patrick ( dua kiri) bersama (dari kiri) Timbalan Presiden SLTA Douglas Telajan, Setiausaha Bernard Chin dan Bendahari Kho Siak Koi selepas sidang media di SLTA semalam.
PASTI HEBAT: Patrick ( dua kiri) bersama (dari kiri) Timbalan Presiden SLTA Douglas Telajan, Setiausaha Bernard Chin dan Bendahari Kho Siak Koi selepas sidang media di SLTA semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia