Utusan Borneo (Sarawak)

ROSMAH DITAHAN, DIDAKWA HARI INI

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahka­n telah menahan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung siasatan pengubahan wang haram setelah SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

SPRM dalam kenyataan yang dikeluarka­n semalam berkata, penahanan itu dibuat pada jam 3.20 petang di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam.

“Susulan (penahanan) itu, Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Rosmah akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2018, jam 8 pagi untuk pertuduhan tersebut,” kata SPRM.

Rosmah tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini pada jam 10.45 pagi semalam untuk diambil keterangan buat kali ketiga.

Laporan media pada Selasa menyebut Rosmah perlu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pagi semalam bagi membantu siasatan SPRM.

Beliau kali pertama hadir ke SPRM pada 5 Jun untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

SRC Internatio­nal ialah anak syarikat 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementeria­n Kewangan pada 2012.

Pada 26 September lepas, Rosmah memberi keterangan kepada SPRM hampir 13 jam.

Akhbar sebelum ini melaporkan Rosmah dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakan­nya membabitka­n pengubahan wang haram.

Pada 20 September lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, agensi itu tidak menolak kemungkina­n Rosmah akan didakwa dalam masa terdekat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA HARI INI: Rosmah hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberi keterangan kali ketiga pagi semalam sebelum ditahan pada jam 3.20 petang semalam.
— Gambar Bernama DIDAKWA HARI INI: Rosmah hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberi keterangan kali ketiga pagi semalam sebelum ditahan pada jam 3.20 petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia